BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan Global Segera Ke Arah Bandar Sifar Sisa - Nga

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,776
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,776
Reaction score
289
Points
146
383ceac87feb13fa15456d3a8d75d3ed6989d2b57411c

Nga Kor Ming

Tindakan kolektif di peringkat global diperlukan segera bagi mempercepat peralihan ke arah sifar sisa dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta agenda iklim 2030, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Nga yang juga Presiden Perhimpunan UN-Habitat berkata sasaran iklim 2030 yang berteraskan Perjanjian Paris dan SDG 13 memerlukan langkah segera untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau hampir separuh menjelang 2030 serta mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius.

Beliau berkata pencapaian sasaran tersebut memerlukan iltizam politik yang kukuh, penyepaduan langkah berkaitan iklim ke dalam dasar nasional, peningkatan daya tahan serta mobilisasi pembiayaan iklim bersama-sama inisiatif pengurusan sisa mampan.

“Bandar berada di barisan hadapan dalam krisis sisa global. Tanpa tindakan tegas, penjanaan sisa dijangka meningkat dengan ketara menjelang 2050, sekali gus memberi tekanan kepada tapak pelupusan, ekosistem dan tahap kebolehdiaman bandar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pengurusan sisa mampan merupakan asas penting dalam memperkukuh daya tahan iklim, kecekapan penggunaan sumber serta kesihatan awam, terutamanya di rantau yang pesat membangun seperti ASEAN.

Bagi menangani cabaran semakin meningkat, tiga keutamaan strategik telah digariskan bagi memajukan agenda sifar sisa di peringkat nasional dan global, termasuk mempercepat amalan ekonomi pekeliling yang mengutamakan pengurangan sisa, penggunaan semula dan kitar semula merentasi pelbagai sektor.

Keutamana lain termasuk penggunaan sistem pengurusan sisa pintar yang memanfaatkan inovasi digital, analisis data besar dan teknologi pintar untuk mengoptimumkan pengumpulan serta pemprosesan sisa, selain mengukuhkan kerjasama antara kerajaan, pemain sektor swasta dan komuniti bagi memperluas penyelesaian mampan dan gaya hidup lestari.

“Di Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terus memimpin sebagai contoh, memperkukuh komitmen terhadap pengurusan sisa mampan dan prinsip ekonomi pekeliling.

“Inisiatif utama termasuk peningkatan pusat kitar semula di seluruh negara bagi menggalakkan pengasingan dan pemulihan sisa, pelaksanaan program Trash to Cash untuk meningkatkan penyertaan komuniti dalam kitar semula, serta penukaran tapak pelupusan lama kepada Taman Lestari yang dijana tenaga boleh diperbaharu dan berfungsi sebagai ruang komuniti hijau,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register