BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Gesa Tindakan Global Lebih Kukuh Percepat Pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu - Nga

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Gesa Tindakan Global Lebih Kukuh Percepat Pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu - Nga​

10b45130718d5105081f4140c6694a4b6a59fa422da9d

Kredit : FB KPKT Malaysia

Malaysia menggesa tindakan global yang lebih kukuh bagi mempercepat pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu (NUA) dengan menekankan keperluan untuk menterjemahkan komitmen kepada hasil yang nyata dalam membina bandar inklusif, berdaya tahan dan mampan menjelang 2030.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata Semakan Pertengahan Penggal NUA tahun ini memberikan peluang penting kepada negara anggota untuk melangkah melebihi penilaian kemajuan dan menumpukan kepada penyampaian hasil yang bermakna kepada berbilion penduduk yang tinggal di kawasan bandar.

“Semakan pertengahan penggal tidak bermakna jika ia sekadar mendokumentasikan kelemahan kita. Ia mesti menjadi titik perubahan. Kita hanya berbaki empat tahun lagi sebelum 2030,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyertaan beliau pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Semakan Pertengahan Penggal NUA di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Selaku Presiden Perhimpunan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat), Nga menggesa negara anggota memperkukuh usaha menangani cabaran utama bandar termasuk krisis perumahan global, jurang digital bandar dan daya tahan iklim, di samping memastikan tiada komuniti terpinggir dalam mengejar pembangunan bandar yang mampan.

Nga turut menegaskan semula komitmen Malaysia untuk menyediakan kepimpinan yang praktikal, inklusif dan boleh diperluas dalam memajukan perbandaran mampan pada peringkat global di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

Beliau juga mengetengahkan peranan Malaysia dalam memperjuangkan Asia-Pacific Urban Action Platform (AP-UAP) bersama-sama rakan kongsi serantau, menyifatkannya sebagai mekanisme penting untuk menyetempatkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), memudahkan perkongsian pengetahuan rentas sempadan dan memperkukuh pembiayaan infrastruktur hijau di seluruh rantau Asia-Pasifik.

Nga berkata pengalaman rantau itu menunjukkan transformasi perbandaran yang bermakna boleh dicapai melalui komitmen politik yang kukuh, penyelesaian yang dipacu pada peringkat tempatan dan kerjasama erat antara kerajaan, rakan pembangunan serta pihak berkepentingan tempatan.

“Negara anggota mesti bertekad untuk melabur lebih banyak dalam infrastruktur yang berdaya tahan terhadap iklim. Sebagai contoh, Malaysia telah mencapai lebih 500 juta kaki persegi bangunan berindeks hijau dan lebih banyak akan dibina sebelum 2030,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register