BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tikam leher tebusan

emasstech

Active+ Member
Messages
3,795
Joined
Sep 19, 2007
Messages
3,795
Reaction score
71
Points
30
Oleh Nazarali Saeril
[email protected]

SHAH ALAM: Raja Noriana Raja Ahmad, 41, ditikam di leher, belakang serta dikelar rusuk kirinya ketika polis berunding dengan dua penjenayah warga Indonesia yang menahannya sebagai tebusan selama hampir empat jam di rumahnya di D’ Kayangan, Seksyen 13 di sini, pagi semalam.

Tragedi sahur berdarah itu menyaksikan penjenayah terbabit menyeksa ahli perniagaan itu menggunakan senjata tajam dipercayai pisau walaupun mereka sedang berunding dengan polis berkaitan syarat pembebasan mangsa.

Dalam kejadian awal pagi semalam, mangsa ditikam di bilik tidur utama rumah berkenaan.

Sebelum itu, penjenayah terbabit membakar bahagian rumah itu dipercayai dihimpit ketakutan berikutan kedatangan polis.


Penjenayah itu turut membuang pistol jenis Smith & Wesson .38 milimeter (mm) dalam tandas untuk menghapuskan bukti.

Polis yang menyedari mangsa mungkin diapa-apakan menyerbu rumah itu jam 8.20 pagi sebelum menembak mati kedua-dua penjenayah yang menyerang mereka.

Bagaimanapun, Raja Noriana disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian selepas diberikan rawatan intensif di Pusat Perubatan Selangor (SMC).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui di lokasi kejadian memaklumkan cubaan samun terbabit bermula kira-kira pada jam 4 pagi apabila empat penjenayah warga Indonesia menjadikan rumah berkenaan sebagai sasaran.

“Siasatan awal mendapati dua penjenayah memasuki kediaman itu melalui tingkap tandas di belakang rumah selepas mengumpil jeriji.

“Penjenayah naik ke tingkat atas dan menjadikan mangsa sebagai sasaran selain sempat mengikat tangan serta menutup mulut anak perempuan wanita itu di bilik berasingan,” katanya.

Menurutnya, dua lagi penjenayah berada di luar rumah dipercayai bertindak sebagai pengawal dalam rumah jika pihak berkuasa menghidu pergerakan mereka.

Raja Noriana dipercayai melawan selain menjerit menyebabkan penjenayah berang, tetapi ketika itu mangsa tidak diapa-apakan.

“Ketika kejadian, tiga anak mangsa serta suami sedang tidur apabila penjenayah yang bersenjatakan pistol, parang, pisau serta pemotong mangga besi menceroboh masuk.

“Ketiga-tiga anak mangsa serta suami dapat melepaskan diri dengan terjun dari tingkap bilik selain berlari keluar, tetapi mangsa yang cuba melarikan diri dapat ditahan penjenayah,” katanya.

Seorang anak perempuan mangsa dikenali sebagai Puteri, 20, patah pinggang serta kaki kerana terjun keluar dari tingkap dan sempat menghubungi polis memaklumkan kejadian.

Polis menerima panggilan kecemasan jam 4.45 pagi sebelum menahan dua penjenayah di luar yang cuba masuk dalam rumah.

“Sejurus kemudian, kami menyedari mangsa masih berada dalam rumah dan dijadikan tebusan. Kami memulakan proses rundingan untuk membebaskannya. Semua tingkap serta pintu kediaman itu ditutup penjenayah bagi mengelakkan polis menyerbu masuk.

“Penjenayah meletakkan beberapa syarat iaitu memberikan mereka sebuah kereta serta membebaskan seorang daripada dua rakan yang ditahan untuk memandu mereka termasuk tebusan keluar dari sana,” katanya.

Ketika proses rundingan berjalan, penjenayah membakar bilik tidur utama.

Tidak lama kemudian, terdengar suara mangsa menjerit dan ketika itu polis menyerbu masuk sebelum menembak mati kedua-dua penjenayah terbabit yang cuba menyerang mereka.

Mangsa dikejarkan ke SMC dan ketika itu, laporan perubatan menunjukkan dia dalam keadaan stabil sebelum disahkan meninggal dunia jam 9.20 pagi.

“Penjenayah yang ditembak mati dikenali sebagai Mojib Ridwan, 25, dan Abdul Sugiono, 26. Dua lagi yang ditahan berumur lingkungan 20-an.

“Seorang daripada yang ditembak mati mempunyai kad pengenalan atau Kartu Indonesia, manakala seorang lagi memegang pasport yang luput tempoh. Keempat-empat penjenayah dipercayai mempunyai enam rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah samun dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang serta Negeri Sembilan,” katanya.

Polis menemui sepucuk pistol serta enam butir peluru di buang di tandas dipercayai untuk melupuskan bukti selain parang, pisau dan pemotong mangga besi.

Khalid tidak menolak kemungkinan terdapat saki baki anggota kumpulan terbabit yang masih bebas dan pihaknya akan menjalankan siasatan bagi menahan mereka demi memastikan kegiatan jenayah dilakukan dapat dihapuskan.


Adehh ngerinya!!!,,Al-fatihah buat mangsa
 
bagi muka sangat kat pendatang ni, kan rakyat sendiri jadi mangsa
 
al fatihah..
 
al-fatihah.. takziah buat keluarga mangsa.. :(
 
seram seh... pasni nak boh lock kat pintu masuk tandas ar.. double protection...
 
mamat indon ni cam **** la...datang tempat orang buat hal.bangkai bernyawa tol..gua pantang ar dengar camni.ni yang rasa nak makan betik ni..leh jadi pepaya.duk negara orang duk diam2 ar.
 
da duduk kat taman yg ade guard pon tak selamat lg
 
Back
Top
Log in Register