BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki tikam anak kandung, adik perempuan tiga kali di leher

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
319dc42b785b687ece0a6132b4a4460469aee90648f31

Kredit: IPD Kampar

Seorang wanita dan anak saudara lelakinya cedera akibat ditikam abang kandung wanita terbabit dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bandar Baru dekat Kampar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita berusia 56 tahun itu pada 7.35 malam.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di ruang tamu rumah jenis dua tingkat yang didiami suspek serta kedua-dua mangsa iaitu adik kandung perempuan dan anak lelaki suspek.

“Wanita itu (adik suspek) dan anak saudaranya (anak suspek) yang berusia 22 tahun ditikam tiga kali pada bahagian leher kiri.

"Kedua-dua mangsa kini dalam keadaan kritikal dan telah dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nazri berkata suspek yang berusia 58 tahun dan tidak bekerja, cedera pada bahagian tapak tangan kiri.

Beliau berkata kejadian berpunca daripada lelaki itu yang mengalami halusinasi dan pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Fatimah di sini.

Suspek dirujuk ke Hospital Tanjung Rambutan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register