BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Premis Kedai Di Pulau Perhentian Musnah Dalam Kebakaran

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Tiga premis kedai yang terletak berhampiran sebuah resort di Pulau Perhentian dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.25 pagi.

“Kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah premis perniagaan milik seorang peniaga tempatan sebelum merebak ke dua kedai perkhidmatan selam snorkel dan kedai runcit.

“Siasatan awal mendapati kesemua premis yang dibina daripada struktur kayu di tepi pantai itu musnah sepenuhnya, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa berkaitan.

 
Back
Top
Log in Register