BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kedai Perkakasan Musnah Dalam Kebakaran Di Seri Kembangan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Kedai Perkakasan Musnah Dalam Kebakaran Di Seri Kembangan​

c31f3f4f7b849154eacebca72f6071776a623ca1472a1


Sebuah kedai barangan perkakasan berhampiran Pasar Borong Selangor di sini, musnah dalam satu kebakaran yang bermula kira-kira 11 malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini, pihaknya giat menjalankan kerja-kerja pemadaman.

Beliau berkata api semakin marak dan mula merebak ke beberapa premis berhampiran, menyebabkan jentera tambahan terpaksa digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ya, saya sahkan kejadian dan jentera (tambahan) masih dalam perjalananan. Setakat ini, belum ada laporan lengkap dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati anggota bomba sedang giat menjalankan operasi pemadaman dengan menggerakkan sekurang-kurangnya tiga jentera ke tempat kejadian.

Selain itu, beberapa individu dipercayai pemilik dan pekerja premis berhampiran bertindak mengalihkan stok barangan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

Operasi pemadaman dilaporkan agak sukar berikutan terdapat sejumlah tong gas yang disimpan di dalam premis berkenaan, yang dikhuatiri boleh mencetuskan letupan.

 
Back
Top
Log in Register