BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

70 Lot Gerai "Rombengan" Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,767
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,767
Reaction score
289
Points
146

70 Lot Gerai "Rombengan" Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau​

55bf69890ad43cb753e170085708898f6a8fa466d5737

Kredit: JBPM Sabah

Kira-kira 70 lot gerai kayu yang menjual pakaian terpakai atau rombengan dalam bahasa tempatan di Kampung Titingan di sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.44 pagi dan seterusnya 16 anggota dengan empat jentera digerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan  bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air daripada jentera bomba dan pili bomba dan kebakaran terkawal pada 5.23 pagi. Turut membantu operasi termasuk 10 anggota bomba komuniti.

“Sebanyak 350 rumah dan lot gerai berjaya diselamatkan daripada turut terbakar dan tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu. Operasi ditamatkan pada 7.42 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jemishin berkata jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan lanjut pihaknya.

 
Back
Top
Log in Register