BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Pimpinan Bersatu Terengganu Letak Jawatan Parti

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Tiga Pimpinan Bersatu Terengganu Letak Jawatan Parti​

9f172ddc4ccc7e9b1218e45e8ca9e3596a755ca3416aa

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris - Gambar fail

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu Datuk Razali Idris dan dua lagi pimpinan negeri parti itu mengumumkan peletakan jawatan masing-masing hari ini.

Razali berkata surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Julai lepas.

Bagaimanapun, beliau yang memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu berkata setakat ini tiada maklum balas diterima daripada pihak pimpinan tertinggi berkaitan surat peletakan jawatan tersebut.

"Setakat ini ibu pejabat parti termasuk Muhyiddin belum mengesahkan atau membuat keputusan untuk menerima atau menolak peletakan jawatan saya.

"Saya juga akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang pada pertengahan bulan ini. Terpaksa tangguhkan sedikit waktu kerana ada tugas pentadbiran yang perlu saya selesaikan sebelum undur diri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong Mohd Zawawi Ismail pula melepaskan jawatan Ketua Penerangan manakala ADUN Hulu Besut Mohd Husaimi Hussin mengumumkan peletakan jawatan Bendahari parti.

Mohd  Zawawi dan Mohd Husaimi ketika dihubungi Bernama mengesahkan peletakan jawatan masing-masing dalam parti dan akan menghantar surat rasmi kepada kepimpinan Bersatu pusat mengenai pengunduran mereka daripada jawatan parti.

Bagaimanapun, Razali, Mohd  Zawawi dan Mohd Husaimi berkata ketiga-tiga mereka masih kekal sebagai ahli parti dan hanya meletak jawatan sebagai badan pimpinan negeri.

 
Back
Top
Log in Register