BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam laut

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14237402846759581-399853.jpg

14237402846759581-399854.jpg

14237402846759581-399855.jpg

14237402846759581-399856.jpg

14237402846759581-399857.jpg

14237402846759581-399858.jpg

14237402846759581-399859.jpg


Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam laut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat (life boat) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.


​Menurut beliau, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.

"Pasukan penyelamat digerakkan segera untuk menaikkan mereka semula ke atas platform.

"Kesemua mangsa kemudiannya telah dibawa menaiki helikopter pada jam 4 petang untuk diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bagi mendapatkan rawatan kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.



"​Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, yang berasal dari Banting, Selangor dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat patah tulang dan kini masih dirawat di Unit Kecemasan HSNZ," ujarnya.

​Beliau menambah, ketiga-tiga jenazah mangsa yang maut telah dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ pada jam 7.40 malam untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Bagaimanapun katanya, setakat lewat malam tadi pihak jabatan berkenaan dilaporkan masih belum menjalankan prosedur tersebut.

Artikel➡️ Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register