BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Inisiatif Belia Diyakini Bantu Bina Asas Kukuh Tadbir Urus Baik, Kestabilan Politik - Johari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiga Inisiatif Belia Diyakini Bantu Bina Asas Kukuh Tadbir Urus Baik, Kestabilan Politik - Johari​

9714dfaf57551c7425cf3c345482e3b26a607f3381dae


Tiga inisiatif kerajaan iaitu Sekolah Parlimen, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Parlimen Belia diyakini dapat membina asas kukuh untuk tadbir urus baik dan kestabilan politik berkekalan yang bertujuan memupuk generasi baharu yang bersatu padu dan berkebolehan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata inisiatif tersebut menyediakan pelan tindakan yang komprehensif untuk tadbir urus yang baik dan benteng proaktif dalam mendepani ketidakstabilan, memastikan belia bukan sekadar pewaris pasif negara, tetapi pelindung demokrasi yang bersiap siaga dan berempati.

Beliau berkata melalui Sekolah Parlimen, pelajar dari seluruh Malaysia dibawa melawat ke Parlimen dan dibenarkan masuk ke dewan untuk menyaksikan perbahasan secara langsung bagi menunjukkan kepada mereka bahawa Malaysia masih mendukung demokrasi.

“Pada usia mereka antara 16 hingga 17 tahun, lelaki dan perempuan, saya mahu mereka memahami apa itu Parlimen dan apa itu demokrasi. Kerana demokrasi tidak mati. Demokrasi masih hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjadi ahli panel sesi “Tadbir Urus Baik dan Kestabilan Politik” di Persidangan Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT) ke-8 bertemakan "Everyone Matters: Pride and Unity in Islam" (Setiap insan dihargai: Kemuliaan dan Perpaduan dalam Islam), di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata melalui PLKN, selepas menghabiskan 45 hari dalam program ini, pelajar daripada pelbagai latar belakang dapat mempelajari bahawa objektif sebenar bukan sekadar latihan fizikal semata-mata sebaliknya berfungsi sebagai inkubator sosiologi penting untuk perpaduan.

"Dan dalam masa 45 hari, anda dapat memahami jiran anda. Anda dapat menghargai siapa mereka," katanya.

Johari berkata Parlimen Belia merupakan platform yang secara asasnya untuk melahirkan pemimpin muda yang berwawasan terlibat dalam politik, beralih daripada sistem tradisional "first-past-the-post" (menang majoriti mudah) kepada model sistem pengagihan kerusi secara adil berdasarkan peratusan undi yang diterima oleh parti politik.

“Belia berumur 18 hingga 30 tahun akan dapat bertanding untuk pilihan raya Parlimen Belia. Maksudnya, kami belajar dan kami mengajar anda cara membentuk parti.

 
Back
Top
Log in Register