BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga (3) Maut Kereta Rempuh Bas Ekspres

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
29.07.2018 - Gopeng, Tiga penumpang sebuah kereta maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka melanggar sebuah bas ekspres di Kilometer 308.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.40 pagi.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu merempuh bas tersebut.

Kemalangan menyebabkan tiga penumpang iaitu seorang lelaki dan dua wanita dewasa maut di tempat kejadian apabila tercampak daripada kereta manakala dua lagi lelaki cedera ringan.

"Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis manakala semua 16 penumpang bas ekspres tidak mengalami kecederaan dan meneruskan perjalanan ke Alor Star," katanya.

3wZaQ.jpg


3wEIV.jpg


3wgvD.jpg


3wxk5.jpg


3wr7A.jpg


3wNG6.jpg


3wUjq.jpg


3wi3I.jpg


3wS6r.jpg


3wlIO.jpg


3wa81.jpg


Berita asal http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tiga-maut-kereta-rempuh-bas-ekspres-1.718425
 
kereta yang langgar bas ke bas yang langgar kereta ni.. tapi nampak depan bas yang kemek..
 
Teori: berpusing tengah jalan pastu hentam bas
 
arah utara tempat ni bkn dlm keadaan mendaki ke?
takziah.. semoga dipermudah segala urusan..
 
Kes mengantuk la ni, bukan hilang kawalan.
Mungkin bertolak awal pagi, tak cukup tidur.
Ikut pengalaman aku, start pukul tujuh pagi ke atas memang mata dah tak boleh nak tahan kalau jalan jauh.
 
back seat tak on seat belt

dua depan on seat belt cedera ringan ?
 
Kes mengantuk la ni, bukan hilang kawalan.
Mungkin bertolak awal pagi, tak cukup tidur.
Ikut pengalaman aku, start pukul tujuh pagi ke atas memang mata dah tak boleh nak tahan kalau jalan jauh.

Kalau ngantuk jangan paksa diri baik rehat

Hati hati la meresap sekejap jer macam macam leh jadi
 
Kes mengantuk la ni, bukan hilang kawalan.
Mungkin bertolak awal pagi, tak cukup tidur.
Ikut pengalaman aku, start pukul tujuh pagi ke atas memang mata dah tak boleh nak tahan kalau jalan jauh.

resepi sy kalau ngantuk sgt nak sampai RnR terdekat utk berehat sy gigit bibir atau apa je yg blh buat saya rasa sakit..
kadang nak sampai RnR nak lena kejap tu yg paling bahaya..
fikiran dah melayang rasa mcm kita masih terjaga.. mata terbuka nk tuju RnR terdekat untuk tido..
padahal sebenar nya mata dah pejam ..dh lena sambil memandu..

atau paling tak pn.. kawan sebelah amat berbesar hati kasi penumbuk sedas kat pipi utk hilangkan kita ngantuk..
jangan malu2 nk tanya drg.. anda mampu mengubahnya..
 
Back
Top
Log in Register