BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Individu Ditahan Cuba Rempuh Anggota Polis

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Tiga Individu Ditahan Cuba Rempuh Anggota Polis​

9ecc991e9e1fbe7dff568664120d355267b89f38a52d8

ACP Naazron Abdul Yusof (tengah).

Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita yang mempunyai pelbagai rekod jenayah, selepas cuba merempuh anggota polis ketika melarikan diri daripada ditahan di Jalan Batu 15 1/4, Dusun Tua, Hulu Langat dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata dalam kejadian itu, anggota polis terlibat terpaksa melepaskan tembakan kerana terancam dengan tindakan suspek.

Beliau berkata ketika kejadian kira-kira 9.30 malam semalam, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, cuba melakukan tangkapan ke atas suspek berhubung kes yang disiasat di IPD Tampin.

Bagaimanapun, Naazron berkata polis berjaya menahan kesemua suspek yang menaiki sebuah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah dan tiga rekod narkotik, suspek kedua mempunyai empat rekod jenayah dan 11 rekod narkotik, serta suspek ketiga mempunyai enam rekod jenayah dan dua rekod narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan, masing-masing  kerana cubaan membunuh dan menghalang penjawat awam.

Sementara itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas mencederakan seorang penyelia   pengawal keselamatan menggunakan sebilah pisau, di hadapan sebuah pasar raya mini di Razak City Residensi, Cheras, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berasingan berkata kejadian sekitar  9 pagi itu dipercayai berpunca apabila mangsa, berusia 49 tahun menegur suspek yang sedang mabuk kerana membuang tin arak sesuka hati di kawasan berkenaan.

​Beliau berkata suspek yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudian bertindak agresif dengan   melibas sebilah pisau, sehingga menyebabkan mangsa luka di bahagian perut sebelah kiri.

 
Back
Top
Log in Register