BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak selesa 'diburu' pengemis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Seorang peminta sedekah duduk di hadapan sebuah kedai kain di Jalan Langgar
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Kehadiran seorang lelaki yang meminta sedekah di depan sebuah kedai kain di Jalan Langggar di sini menimbulkan perasaan kurang senang orang ramai.

Malah, lelaki sekitar usia 50-an itu didakwa sering meminta-minta sambil menadah bekas wangnya pada sesiapa sahaja yang lalu-lalang di sekitar kedai kain terbabit.

Pelanggan yang hanya ingin dikenali Nurul Atikah, 23, berkata, dia tidak selesa dengan kehadiran peminta sedekah terbabit.

“Apabila saya dan rakan melalui kawasan terbabit untuk ke bank, dia secara tiba-tiba menghulurkan bekas wangnya hingga mengejutkan kami.

“Mujur dia tidak marah apabila kami tidak mengendahkannya. Awalnya, saya bimbang dia akan mengejar kami. Nasib baik tidak,” katanya.

Rakannya, Najwa Zainul Abidin, 24, berkata, beberapa pengemis lain juga adakala dilihat mundar-mandir di sekitar kawasan terbabit termasuklah sehingga ke Jalan Tunku Ibrahim.

“Tidak wajar meminta sedekah sedemikian,” katanya.

Justeru, katanya, pihak berwajib diharapkan mengambil tindakan terbaik untuk mengurangkan kegiatan meminta sedekah ini, sekali gus membantu meringankan kesulitan yang mungkin dihadapi individu berkaitan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/tidak-selesa-diburu-pengemis-1.265268
 
Memang ramai jenis2 ni.. tapi pihak berwajib takan tak perasan kebanyakan bukan org sini yg mengemis.. kl berlambak sampai kt trafik light pun ada bangsa pakistan mengemis sekrg ni. Dh mcm negara diorg je selamba..
 
Lau dorg jual tisu, aku bg.. Dgn niat berurusniaga..
 
JKM mana? Dok tidok ja ka? Peruntukan tiap tahun billion2!!!!
 
Kalu pengemis kanak2 & oku ok lagi...yg sadis pengemis lelaki@prempuan dewasa yg sehat...
 
bidang kuasa siapa benda ni? ka tengah tidur? org bising baru nk bertindak?

org kutuk nk marah..tp biar la buat keja gaji halal...duit tu duit pembayar cukai....org ramai tgk apa org kata? x buat keja? pemalas? lembab..apa lg??
 
Last edited:
nape depa lg selesa mntk sedekah?sb duit direct dpt..snng..
sb tu dorg xnak cari JKM ke hape sume..
 
Rasullah S.A.W selalu bg makan pengemis, malah menyuapkan seorg pengemis yahudi..kenapa kita tak ambil sunnah Nabi S.A.W dlm bab ini? ingatan ini utk aku gak.. Susah ke nk hulurkan rm1?
 
selalu bagi je terutama yang ade dapat tisu tu.hehe
walau tak guna pun tisu tu


***yang warga asing pun banyak dah sekarang... kat trafic light
 
Lau dorg jual tisu, aku bg.. Dgn niat berurusniaga..

Ye, kurang2 dia berusaha... Ada benda yang dijual... Bukannya sekadar menadah-nadah meminta wang... Orang rasa terganggu kalau gitu...
 
Back
Top
Log in Register