combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Abu Faye berlari keluar dari mahkamah ketika dibicarakan. - Polis Metropolitan
LONDON – Seorang suspek satu kes dadah melarikan diri dari mahkamah ketika sesi perbicaraan diadakan di Croydon, Britain, lapor akhbar Metro UK.
Operasi memburu Abu Faye, 26, kini giat dijalankan selepas suspek melarikan diri dari Mahkamah Diraja Croydon pada 17 Mac lalu.
Dia melarikan diri sejurus selepas pukul 4 petang (waktu tempatan) semasa perbicaraan atas kesalahan dadah selepas mengetahui bahawa dia akan dikenakan tahanan reman.
Lelaki itu didakwa dengan lima pertuduhan memiliki dengan niat untuk membekalkan dan lima pertuduhan memiliki dadah Kelas A dan Kelas B.
“Dia mengaku memiliki dadah tersebut tetapi melarikan diri sebelum membuat pengakuan atas pertuduhan membekalkan dadah,” kata Polis Metropolitan.
Polis mengeluarkan rayuan awam 13 hari kemudian untuk memburu suspek serta memberi amaran agar orang awam tidak mendekatinya dan sebaliknya, menghubungi talian 999. – AGENSI
Suspek lari dari mahkamah diburu
Seorang suspek satu kes dadah melarikan diri dari mahkamah ketika sesi perbicaraan diadakan di Croydon, Britain, lapor akhbar Metro UK.Operasi memburu Abu Faye, 26, kini giat dijalankan selepas suspek melarikan diri dari Mahkamah Diraja Croydon pada 17 Mac lalu.Dia melarikan diri sejurus selepas...
www.kosmo.com.my