BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua OKT Lari Dari Mahkamah Kulim Ketika Proses Tahanan Semula

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua OKT Lari Dari Mahkamah Kulim Ketika Proses Tahanan Semula​

ee1d6412cb3c3b4fe03e7ef7640b0cd46380bf3155131


Dua lelaki yang hadir ke Mahkamah Majistret Kulim hari ini untuk sebutan kes, melarikan diri dari kawasan mahkamah ketika anggota polis dalam proses menahan semula mereka.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Syamsul Sinring berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi selepas kedua-dua Orang Kena Tuduh (OKT), masing-masing berusia 27 dan 31 tahun, selesai urusan sebutan pengurusan kes serta serahan dokumen.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu hadir ke mahkamah bagi sebutan kes membabitkan pertuduhan mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

“Pada 30 April lepas, kedua-dua OKT didakwa di Mahkamah Majistret Kulim dan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu proses perbicaraan.

“OKT pertama diikat jamin RM4,000 manakala OKT kedua RM3,000. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Jun, 12 Julai dan hari ini bagi urusan serahan dokumen serta pengurusan kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syamsul berkata selepas selesai urusan di mahkamah, kedua-dua OKT keluar melalui pintu belakang sebelum menyedari kehadiran anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di pintu hadapan mahkamah yang akan menahan mereka semula bagi kes lain.

“Seorang daripada mereka terus melarikan diri dalam kawasan mahkamah dan turun melalui tiang dari aras satu, manakala seorang lagi masuk semula ke dalam bangunan sebelum melarikan diri melalui laluan belakang.

“Kedua-duanya melarikan diri melalui laluan belakang dengan memanjat pagar,” katanya.

Beliau berkata polis kini sedang berusaha mengesan kedua-dua lelaki berkenaan.

 


Kecoh di Mahkamah Kulim, dua OKT larikan diri ketika proses tangkapan semula


Kejadian itu turut ditular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua OKT hadir ke Mahkamah Majistret Kulim untuk sebutan semula kes bersangkut laporan kes Serdang atas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau alat berbahaya dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.


"OKT pertama berusia 27 tahun diikat jamin sebanyak RM4,000 manakala OKT kedua berusia 31 tahun telah diikat jamin sebanyak RM3,000.

"Kes ditetapkan semula untuk sebutan semula pada 8 Jun lalu, 12 Julai lalu dan hari ini untuk serahan dokumen dan pengurusan kes," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syamsul berkata, selepas selesai urusan sebutan kes dalam kamar mahkamah iaitu sebutan pengurusan kes dan serahan dokumen, kedua-dua OKT terbabit keluar melalui pintu belakang mahkamah.

Beliau berkata, pada masa yang sama, mereka melihat kehadiran anggota polis dari IPD Seberang Perai Selatan yang berada di pintu hadapan mahkamah.

"Berikutan itu, salah seorang daripada OKT terus melarikan diri dalam kawasan mahkamah dan turun melalui tiang dari aras satu Mahkamah Kulim.

"Manakala seorang lagi OKT masuk semula ke dalam dan lari melalui laluan belakang kawasan mahkamah, " katanya.

Syamsul berkata, kedua-dua OKT terbabit melarikan diri melalui laluan belakang mahkamah dengan cara memanjat pagar.
 
Back
Top
Log in Register