BTC USD 86,181.1 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada yang mustahil di dunia ini...

Suka dengan thread gini...
cita cita kawan sudah terlaksana dgn ASB,ASW,KPF,TH,ASD,.....etc
Kawan sudah pencen muda...

Memang merugikan tetapi inilah pilihan...membayar masa sibuk kawan yang dahulu...alhamdullilah syukur.

Menambah dengan membuat kecil kecilan bisnis engineering...

bp tahun bro nak achieve div 5k sebulan?
 
kena bagi tazkirah kewangan ni bro..ramai yg mencari mentor mcm bro..:)cgrock

alamak tuan...tuan lagi hebat dari saya..sy pun cedok ilmu dari tuan..tak layak rasanya sy perlu ada mentor...huhuhu
 
alamak tuan...tuan lagi hebat dari saya..sy pun cedok ilmu dari tuan..tak layak rasanya sy perlu ada mentor...huhuhu

bro pun otai dengan teknik odasb+loan asb+ property
 
bro pun boleh tambah citer dgn pengalaman bro. Apa teknik digunakan utk create pasif income wlaau makan gaji

melalui pengalaman, kita mula menjadi lebih tabah, mempelajari apakah silapnya dan kita perlu belajar dan terus belajar memandangkan tools passive income ni berubah2 mengikut peredaran suasana ekonomi dan masa. rancanglah dan bertindaklah mengikut keperluan dan kemampuan diri sendiri..anda buat, anda dpt..laburlah dahulu dalam pengetahuan..:)

alamak tuan...tuan lagi hebat dari saya..sy pun cedok ilmu dari tuan..tak layak rasanya sy perlu ada mentor...huhuhu

kita sama2 belajar dari pengalaman masing2..teori dan praktikal kekadang berbeza..sekarang ni kita dalam fasa monitoring and controlling; sekali sekala cari opportunity berdasarkan risk/return decision masing2..:)
 
bp tahun bro nak achieve div 5k sebulan?

dari segi akal sepatutnya lama untuk makan gaji...
tetapi den disebabkan

1. Peluang tetiba dtg...Company buka cawangan baru di indonesia...dia kasi gaji sini dan gaji sana...wow best best..den duduk seorg kat sana...so kumpul bebetul...dua tahun duit gaji indonesia bulat bulat disaving...alhamdullilah perancangan menjadi kenyataan. Inilah hasil kesabaran dan kepercayaan isteri den. So den kenalah balas skrg nie dengan pencen muda..."muda tak mudalah masib bawah 40an okay"...hehehe

2. Dibackup dgn bisnes engineering yang menjadi...dapat sedikit kepercayaan kengkawan didalam sektor swasta untuk buat maintenance kilang dia orang...

3. Walaupun den tak direct atau ada nama dalam company engineering nie..tetapi atas dasar kepercayaan dan janji yang dipegang utut...partner den merealisasikan lagi kecepatan untuk den pencen awal...

Insyallah ada jalan untuk tiada yang mustahil didalam dunia ini...Den pun tak terpikir untuk pencen awal...Tetapi konsep saving dan tidak kelabu mata melihat duit banyak..maksudnya nak tukar kete atau beli itu ini yang tidak mendatangkan keuntungan dimasa hadapan...maka den berjaya pencen awal skrg nie...

Masa den adalah untuk keluarga den dan den sendiri...tetap meneruskan bisnes dgn partner iaitu bisnes engineering.

:)cgrock
 
melalui pengalaman, kita mula menjadi lebih tabah, mempelajari apakah silapnya dan kita perlu belajar dan terus belajar memandangkan tools passive income ni berubah2 mengikut peredaran suasana ekonomi dan masa. rancanglah dan bertindaklah mengikut keperluan dan kemampuan diri sendiri..anda buat, anda dpt..laburlah dahulu dalam pengetahuan..:)



kita sama2 belajar dari pengalaman masing2..teori dan praktikal kekadang berbeza..sekarang ni kita dalam fasa monitoring and controlling; sekali sekala cari opportunity berdasarkan risk/return decision masing2..:)

betu kata bro...den setuju :D
 
Salam TT & otai2 yg lain. Baru je abis baca dr 1st page. TQ TT, mmg banyak pengajaran & semangat yg dpt lepas baca thread ni. :)
Sy sekarang sedang menunggu rumah pertama still under construction. Dijangka tahun depan siap. Itu sy plan utk duduk sendiri bersama keluarga tercinta.
Selepas rumah sy siap, 1 projek br akan dimulakan di area rumah sy ni jgak, sy plan nk sambar 1 utk dibuat sewa. br nk mula belajar2 selok-belok dlm bidang hartanah ni..bole TT atau otai2 share mcm mana sy nk pastikan loan boleh lulus utk rumah kedua tu. Sbb dr segi income sy x berapa byk rm3200. Isteri Rm2200. Tolak commitment rumah baru tu 1220 yg dibeli atas nama sy & isteri bersama. Commitment lain sy ASB 200k & isteri 100k.
DP ruman kedua tu saya tiada masalah utk cari 20% + lawyer etc..
 
Back
Top
Log in Register