ayip
Active Member
- Messages
- 2,300
- Joined
- May 6, 2009
- Messages
- 2,300
- Reaction score
- 371
- Points
- 41
Fuh... Benda yg tak tercapai akal fikiran aku... Hebat!!! Tapi ape kan daya aku gaji ciput je.. Huhuhu...
aku gaji takat RM 1500 jer..
sape kata tak bleh?
huhuhuhu
cita la bro experience loan asb bro... brp dah stkt ni
hutang2 yg aku tanggung adalah seperti berikut:
Loan ASB aku - 240K
Loan ASB bini aku -150K
PL -64K
4 biji rumah
kereta
barang dapur
huhuhuhuhhu(
klo tak keberatan, leh konsi tak cmne pengurusan kewangan saudara sehingga leh cover loan2 ni?
Bismillahirahmanirahim..
terima kasih yang bertanya kepada saya..payah jua saya nak open thread baru nie..sebab sy nie bukan pandai mengarang sangat..tambhan thread bercerita mengenai bagaimana saya mampu dengan gaji hanya RM 1500 sahaja mencapai ASB 240K plus my wife 150K...
tetapi sebelum itu...saya ingin mengingatkan bahawa teknik2 yang disampaikan ini..adakalanya tidak sesuai bagi sesetengah org..dan ianya sekadar panduan bagaimana perancangan kewangan menjadi lebih berkesan..dan sempurna dalam merangka perjalanan kewangan..
dan mungkin jua perkara yg dipersoalkan diatas merupakan yang amat mustahil bagi org lain..ttp saya mampu buat..dan mampu usahakan..
saya bermula dengan simpanan ASB loan semasa lepasan sekolah lagi. Dengan pinjaman RM 30K. ketika itu tak silap saya tahun 1998 dengan pakej BLR + xx. memandangkan saya ni sukar menyimpan..maka saranan daripada pakcik saya..ini lah cara permulaan mendidik kewangan agar lebih berkesan...
pada thn 2002 saya mendapat kerja di KL dengan masa itu hanya bergaji RM 800. Punya lah sukar kehidupan di KL, dgn lifestyle yang tinggi..nak menyimpan pun..berapa sen lar sangat..tp sebab saya nie datang dari keluarga yang susah..maka untuk menyimpan sbyk 10% tu bukan lar perkara yang mustahil..
mula2 tu...byk yg kena ikat perut..maklumlah..gaji takat RM 800..nk kena berjimat cermat lagi..
pada tahun 2005, dengan keinginan yang ada..nak mengubah kehidupan, saya mula menceburi dan berjinak2 ttg pasif income...ketika itu saya goggle dan terjumpa satu forum property...alhamdulillah...berkat nak belajar punya pasai...the 1st property yg saya beli...adalah dibawah market...satu lagi pasif income yg saya perolehi...masakan tidak..saya untung hampir RM 100 setiap bulan..
samb...
tips 1 :
i. saya simpan 10% setiap bulan ketika itu dengan gaji RM 800 selama 3 thn
ii. dari thn 1998 sehingga 2002 saya mampu membiayai asb loan RM 30K dengan BLR + xx
iii. 1st property yang dimiliki..dengan pasif income RM 100 monthly
tips 2.
i. kenapa aku ada RM 6K tp..aku tak beli kereta? kenapa aku tak enjoy?kenapa aku perlu beli rumah?
ii. terminate asb loan dapat dekat2 RM 9K..(terus buat 1st OD)
tips 3 :
i. grab peluang yang ada..kengkadang kita tak tau..peluang datang tiba2...tp time tu lah cash xda di tangan...
ii. Tenancy Aggrement merupakan satu teknik bagi penambahan loan sedia ada..
iii. Jaga CCRIS anda tuk melayakkan anda mendapatkan next loan
iv. gaji ketika thn 2008 adalah RM 1280..kenaikan tahunan dari 2002 hingga 2008...
gaji -RM 1280
Rental +ve -RM 300
total -RM 1580
*dah mampu tambah dana ASB loan...![]()
tips 4 :
i. sekiranya anda yakin kesemua loan anda lepas...dan tidak masuk di dalam sistem CCRIS secara serentak..maka anda berjaya menggunakan teknik sebegini...
ii. supporting dokumen itu penting untuk approve loan..skali lagi cash dalam tangan..akaun statement...Tenancy Aggrement dan yang paling penting adalah bank statement mengatakan ada keuntungan sbyk RM 300
* ASB Loan dah bertambah daripada RM70K kepada RM 170K...
tips 5 :
i. lokasi pembelian rumah sangat penting. kena tahu lokasi yang menjadi rebutan penyewa.
tips 6 :
i. simpanan berterusan 10%-30% setiap bulan.
ii. amalan bersederhana dalam apa2 jua acara
iii. perkahwinan digalakkan secara perkongsian bagi mengelakkan bebanan yang timbul.
iv. amalan persediaan awal sblm pra perkahwinan sgt2 digalakkn.
v. berhutang kredit dengan kedai sangat2 lah tidak digalakkan..
vi. sentiasa bersedekah dan beramal jariah..
tips 8.
i. kenal pasti pasangan anda..adakah jenis boros atau tidak?
ii. kenal pasti hutangnya..
iii. sekiranya dia ada bermasalah...guide dan structure kewangannya semula..
iv. be prepare peluang-peluang untuk akan datang
Last edited:
