BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Kes Strok Haba Di Melaka Setakat Ini - Exco

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
b7f2d05b0e7367e021b6f2b55bf0771c661bc58891ed5


Tiada kes strok haba direkodkan di Melaka setakat ini meskipun cuaca panas yang melanda ketika ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan semasa dan menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas.

“Orang ramai juga digalakkan mengurangkan aktiviti luar, terutama pada waktu puncak panas, selain memastikan pengambilan air mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Wellness Hub Melaka Tengah di Alai, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata sebanyak 128 kes demam denggi direkodkan di negeri ini bagi tempoh 1 Jan hingga Minggu Epidemiologi ke-12, menunjukkan penurunan 63 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dan tiada kes kematian akibat denggi dilaporkan setakat ini.

“Situasi di Melaka ketika ini terkawal dan tiada wabak dilaporkan sejak lebih sebulan lalu hasil pemantauan berterusan di kawasan berisiko,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register