BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada kelibat Netanyahu di taklimat Kabinet keselamatan Israel cetus spekulasi lagi

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146
3464242.webp

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan tidak hadir dalam taklimat Kabinet keselamatan Israel baru-baru ini, yang biasa dipimpinnya. - Foto media sosial

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan tidak hadir dalam taklimat Kabinet keselamatan Israel baru-baru ini, yang biasa dipimpinnya.

Ketidakhadiran yang tidak dijangka ini menarik perhatian ramai dan mencetuskan spekulasi dalam kalangan pihak politik serta media.

Terdahulu, pejabat Perdana Menteri Israel menafikan desas-desus yang mendakwa Netanyahu telah terkorban, menyifatkannya sebagai berita palsu.

Dalam video tersebut kelihatan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz bersama lima pegawai tinggi tentera rejim Zionis memberi penerangan mengenai situasi terkini di Tel Aviv pada 14 Mac lalu.

“Untuk pertama kali dalam sejarah Israel, Netanyahu tidak hadir dalam mesyuarat majlis ketenteraan,” kata Alinur Mohammed, seorang pengguna media sosial.

Spekulasi mula timbul selepas satu video yang dimuat naik di X menunjukkan Netanyahu berucap dalam sidang media mengenai konflik Israel‑Amerika Syarikat terhadap Iran sejak 28 Februari lalu.

Beberapa pengguna mendakwa terlihat enam jari pada tangan kanannya, menimbulkan persoalan sama ada rakaman itu mengalami kecacatan hasil AI.

Untuk rekod, Netanyahu tidak muncul di khalayak umum hampir tujuh hari sejak ucapan terakhirnya bertajuk ‘Rakyat Iran, saat kebenaran akan tiba’.

Pada 2 Mac, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan serangan peluru berpandu mereka menyasarkan pejabat Netanyahu dan ibu pejabat komander tentera udara Israel.

Namun sehingga kini, tiada pengesahan mengenai sama ada beliau selamat atau terkorban dalam serangan tersebut. - Awani

 
ssh nak ckp la sah ke x setanyahu ni dah mati ke x...kalu betul dah mati pun zmn skrg boleh je buat AI,atau buat mask ke.tgk jim carey pun berlain betul muka
 
Back
Top
Log in Register