BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada diskaun saman JPJ

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,280
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,280
Reaction score
5,428
Points
486
obj48066729_1702090575.jpg


Kuala Lumpur: Tiada diskaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersempena program Setahun Bersama Malaysia MADANI.

Sekretariat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dalam kenyataan memaklumkan, tiada diskaun ditawarkan bagi saman JPJ sepanjang program berlangsung hingga Ahad ini.

"Antara perkhidmatan JPJ yang ditawarkan ialah pembaharuan lesen memandu Malaysia (CDL & PDL), pembaharuan lesen memandu vokasional (PSV & L), pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) persendirian/ perdagangan, pengambilan dokumen CDL & LKM (diperbaharui secara dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ) dan pembayaran saman (kecuali kes senarai hitam)," menurut kenyataan itu.

Sementara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman sehingga 50 peratus kecuali saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau dibicara dan kesalahan yang tidak boleh dikompaun seperti tiada lesen memandu, pandu tidak cermat, lesen tamat tempoh dan tiada insurans.

Menurut kenyataan itu, pembayaran saman hanya boleh dilaksanakan dari 8 hingga 10 Disember 2023 di tapak program dengan perincian syarat diskaun boleh diperolehi di laman media sosial rasmi PDRM.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman dinasihatkan untuk membuat semakan awal melalui portal dan aplikasi MyBayar PDRM bagi tujuan melancarkan proses pembayaran saman.

 
apa punya capati ini.
belum dpt kerajaan hapus aes, hapus, saman ekor dan macam2 nak hapus...

nak bagi diskaun pun tak boleh tunai janji.
next tahun kedepan nampak rakyat makin susah dan sukar kerajaan pula mengaut keuntungan dari rakyat.
 
apa punya capati ini.
belum dpt kerajaan hapus aes, hapus, saman ekor dan macam2 nak hapus...

nak bagi diskaun pun tak boleh tunai janji.
next tahun kedepan nampak rakyat makin susah dan sukar kerajaan pula mengaut keuntungan dari rakyat.
Ini yg walanon suka.....
 
Back
Top
Log in Register