BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Arahan Halang MB Johor Masuk Felda - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,133
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,133
Reaction score
346
Points
141

Tiada Arahan Halang MB Johor Masuk Felda - PM Anwar​

66cc5790b23123b060413e7f6aed25b76a3e2a3aafcb0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya wujud arahan bagi menghalang Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada memasuki kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Persekutuan hanya memberikan tumpuan kepada pelaksanaan projek di bawah bidang kuasa sedia ada di tanah rancangan berkenaan.

“Arahan (halang) tak ada. Arahan (adalah) Kerajaan Persekutuan layan projek Persekutuan (manakala) negeri, dia buat kerja negerilah. Apa nak riuh-riuh, buat apa,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameatus Solehah, Pekan Dengkil di sini hari ini.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Menteri Besar Johor itu yang mendakwa beliau dihalang daripada memasuki kawasan FELDA.

Sebelum ini, Onn Hafiz mendedahkan beliau dihalang memasuki kawasan FELDA bagi penyerahan geran hak milik kepada peneroka sempena sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026.

 
Back
Top
Log in Register