BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Threads Menguji Ciri Perkongsian Yang Hilang Selepas 24 Jam

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Meta kini berkongsi menyatakan perkhidmatan sosial mereka, Threads sedang menguji sebuah ciri baharu, iaitu perkongsian yang hilang selepas 24 jam ia diterbitkan. Ini sekaligus akan memudahkan para pengguna berkongsi beberapa perkara yang mungkin tidak begitu penting yang ingin dikekalkan pada profil sosial mereka. Ciri ini sedang diuji melibatkan sejumlah kecil pengguna platform berkenaan.

Threads-2-950x534.jpg.webp


Melalui perkongsian yang hilang ini, ia turut akan memadam pelbagai balasan dan komen yang diterima sesuatu perkongsian – membuatkan semua interaksi turut hilang selepas tamat tempoh perkongsian asal. Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan kadar penggunaan platform tersebut, dimana pengguna tidak ingin ketinggalan dalam mengikuti sesuatu perkongsian oleh pengguna lain. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diaktifkan kepada semua pengguna seluruh dunia.​
 
Back
Top
Log in Register