BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Threads Kini Mula Menguji Ciri Menghantar DM

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Mark Zuckerberg kini berkongsi mengatakan Threads telah memulakan ujian menghantar DM melalui platform Threads sendiri, tanpa perlu ke Instagram. Dengan langkah ini, pengguna di Threads boleh menghantar mesej peribadi antara satu sama lain tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Threads-DM-950x535.jpg.webp


Ini juga akan menyaksikan Threads menambah ciri Inbox pada aplikasi mereka, sekaligus memudahkan proses penghantaran dan semakan DM atau mesej peribadi oleh pengguna lain. Ujian ini dimulakan dibeberapa buah negara terlebih dahulu, sebelum diperluaskan kepada pengguna global. Pengumuman ciri ini juga hadir selari dengan X yang telah mula memperkenalkan ciri XChat baharu kepada para pelanggan dengan sejumlah penambah-baikkan baharu.
 
Threads Kini Mempunyai Ciri Permesejan Atau DM

Meta hari ini mengumumkan pengenalan ciri permesejan pada aplikasi Threads. Dengan langkah ini, semua pengguna boleh menghantar dan menerima mesej peribadi daripada pengguna lain, tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Threads-Messaging-1-950x827.webp


Untuk fasa pengenalan ini, pengguna hanya boleh menghantar mesej atau DM, antara pengikut anda di Threads sahaja, atau pengikut bersama di Instagram. Buat masa ini juga, sokongan permesejan individu sahaja diperkenalkan, dan sokongan permesejan berkumpulan dijangka hadir dalam masa terdekat.

Untuk mengakses mesej ini, Threads menambah sebuah ikon menu berbentuk sampul dibawah, memudahkan pengguna mengaksesnya dengan pantas. Kemaskini ini sedang diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka diterima semua tidak lama lagi.​
 
Threads Menambah Fungsi Perkongsian Gambar Dalam DM

Threads
menambahbaik fungsi pemesejan peribadi (DM) dengan memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna berkongsi gambar secara langsung dalam perbualan. Ciri ini menawarkan alternatif yang lebih peribadi berbanding perkongsian terbuka, sekaligus menjadikan DM lebih serba guna daripada sekadar hantaran teks.

Threads-Tambah-DM-Gambar-MY-950x891.jpg.webp


Pengguna boleh memulakan perbualan dengan membuka peti masuk dan menekan ikon ‘+’ di penjuru kanan. Terdapat dua kaedah perkongsian gambar:​
  • Imej sedia ada: Klik pada media > pilih gambar > tekan hantar.​
  • Tangkap gambar baharu: Klik ikon kamera > pilih ‘Use Phone’ >’ambil gambar > hantar seperti biasa.​
Sebagai langkah keselamatan dan privasi, pengguna hanya boleh menghantar DM jika mereka saling mengikuti di Threads, atau jika salah seorang mengikuti akaun Instagram yang dikaitkan. Ciri ini tersedia melalui versi terkini Threads jadi pengguna disarankan untuk mengemas kini aplikasi bagi menikmati fungsi baharu ini sepenuhnya.​
 
Back
Top
Log in Register