BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread Peminat Mee Segera

Air rebusan mi segera tak elok, harus dibuang

Mi segera adalah pilihan orang ramai kerana ia adalah makanan paling mudah disediakan untuk dewasa dan kanak-kanak.

Meskipun ia tidak elok dimakan, namun tetap menjadi kegemaran orang ramai.

Bahkan Institut Jantung Negara (IJN) juga telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia tidak terlalu memakan mi segera kerana ia penyebab penyakit jantung terutamanya oleh serbuk perasanya (seasoning powder).

Jika anda tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari penggunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah sup selepas anda menghabiskan mi tersebut.

Selain daripada itu, ramai di antara kita yang masak mi dengan cara yang salah.

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit.

Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Ini adalah kaedah memasak mi segera yang salah.

Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin sedar atau tidak adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.

Kaedah yang betul masak mi segera.

1. Rebus mi di dalam periuk air.

2. Setelah mi dimasak, toskan mi dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.

3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.

5. Sekiranya, anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering. - FMT

maggie-curry-ohsem-090719-1.jpg
 
dah lama plak tak masak mee segera sampai periuk kat rak berhabuk
 
Back
Top
Log in Register