BTC USD 62,762.7 Gold USD 4,339.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thread Peminat Mee Segera

dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,512
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
59,512
Reaction score
3,003
Points
666
Salam semua,

Saya adalah peminat mee segera kadang kadang layan makan kat rumah bila malas nak makan luar.

Terdapat beribu jenis jenama mee segera dan macam macam perisa dari tom yam , kari,ayam semua saya try maggi,cintan,rusky dan macam macam

Kadang tak ingat makan mee apa tau buka buh ayaq buh fish ball ke fishcake potong cabai buh sikit ngan cili padi bagi pedas.

Ok lani saya nak rekemen mee segera baru saya makan sempoi dah la sedap mee dia tebal dan kuah sup dia pedas dan layan rasa masam masin dia cukup best

Maggi%2BRoyale%2BKorean.jpg


Slalunya saya layan tom yam,kali nie nak try perisa terbaru nie

Memang best gempak

Tapi jangan letak ayaq ngan maggi ja buh la fishball ka fish cake nak bagi lagi berisi dan buh la cabai sikit ngan cili padi kasi umph

Maggi nie saya bagi 6 bintang dari 5 bintang:)cgrock:)cgrock
 
Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

bersambung...
 
Cari la makanan berkhasiat sikit bro..
 
aku magi ni klu datang gian je aku bedal hehe masak air tak banyak taruk telur 2 biji perh berpeluh2 makan kari or tomyam pekat sambil tersedak2
 
Bukan selalu makan

kadang layan la

ramai kata mee segera tak bagus tapi bila lapar pukul 2 pagi malas keluar rumah, mee segera la jadi penyelamat
 
Bro cuba try maggi royal laksa sarawak. Tapi, mahal sikit la. Yg ni lagi sedap dr Royal Korean.
 
Post ni didelete...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register