BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Thomson Hospital Pertama Di Malaysia Pasang Platform Tenaga Pembedahan Bersepadu Termaju

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Thomson Hospital Pertama Di Malaysia Pasang Platform Tenaga Pembedahan Bersepadu Termaju​

99e3b5716ae35bc4c66e9546301f4b946a7b2298b996d

82b6e156f9dcce70639a63819ec933546a7b230f02fd3

6c12025fb5b01808b2ebc73820ddda336a7b2320ab682

fcc6a58d22731b20167105c8a63649346a7b22ab1a240

Kredit : FB Thomson Hospital Kota Damansara

Hospital Thomson Kota Damansara (Thomson) menjadi hospital pertama di Malaysia yang memasang platform tenaga pembedahan bersepadu generasi baharu di bilik bedahnya.

Thomson dalam kenyataan hari ini memaklumkan inovasi itu memperkukuh keupayaan pembedahan invasif minimum serta meningkatkan pengalaman pesakit.

Sebagai hospital tertiari multidisiplin, Thomson menawarkan pembedahan invasif minimum dalam pelbagai bidang kepakaran melalui pendekatan laparoskopi, torakoskopi (VATS), endoskopi, artroskopi dan pembedahan mikro.

Thomson turut memperluas perkhidmatan pembedahannya dengan menawarkan dua prosedur terkini, iaitu Transoral Endoscopic Thyroidectomy Vestibular Approach (TOETVA), pembedahan tiroid tanpa parut yang dilakukan melalui mulut tanpa meninggalkan insisi yang kelihatan pada leher serta pembedahan laparoskopi untuk endometriosis, iaitu prosedur yang membolehkan diagnosis dan rawatan endometriosis dilakukan melalui hirisan kecil.

“Platform tenaga pembedahan bersepadu generasi baharu ini menggabungkan pelbagai teknologi tenaga pembedahan dalam satu platform, sekali gus melengkapkan pakar bedah dengan teknologi termaju yang menyokong ketepatan pembedahan yang lebih tinggi dan memendekkan tempoh keseluruhan prosedur,” katanya.

Pihak hospital memaklumkan dengan menggabungkan proses pembedahan tisu dan pengedapan salur darah pada satu platform, sistem itu membolehkan aliran kerja pembedahan dilaksanakan dengan lebih cekap, sekali gus membantu mengurangkan masa pembedahan, trauma pada tisu serta tempoh pemulihan jika sesuai secara klinikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Thomson Dr Savitha Dharan berkata hospital itu berhasrat menyediakan penjagaan pembedahan yang komprehensif dan berpandukan hasil di bawah satu bumbung.

“Dengan terus memperluas keupayaan pembedahan invasif minimum, kami memperkasakan pasukan multidisiplin untuk menentukan rawatan yang paling sesuai bagi setiap pesakit, di samping menyediakan penjagaan yang mengutamakan keselamatan, ketepatan dan hasil rawatan pesakit yang lebih baik,” katanya.

Dr Savitha berkata pelaburan itu selaras dengan keutamaan hospital dalam menyediakan penjagaan berasaskan nilai, hasil rawatan pesakit yang lebih baik, kecekapan operasi serta nilai jangka panjang untuk pesakit dan pasukan klinikal.

 
Back
Top
Log in Register