BTC USD 82,709.8 Gold USD 4,165.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Movie The Con-Heartist (2020) (THAI)

RuthlessFairy

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,239
Paid Membership
Joined
May 15, 2009
Messages
30,239
Reaction score
879
Points
166
Filem ni mengisahkan tentang Ina (Pimchanok Leuwisetpaiboon) yang telah ditinggalkan oleh teman lelakinya yang lebih muda, Petch (Thiti Mahayotaruk) selepas dia gigih buat pinjaman bank demi teman lelaki dia tu. Dasar lelaki anak ikan kan. Habis kikis harta teman wanita ni, dia berpindah kepada mangsa seterusnya pula. Akibatnya, tinggal Ina seorang diri terperangkap dengan pinjaman bernilai 500,000 baht (hampir RM65,000) yang akan ambil masa 5 tahun untuk dibayar.
The Con-Heartist (2020).mkv_000067313.png
Ina.
Siap tampal sticky notes di dinding buat kalendar bila nak habis bayar hutang
Sehabis mungkin Ina berjimat-cermat catu makan minum dan keperluan hidup semata-mata nak kumpul duit buat bayar balik pinjaman tu. Padahal Petch duk bahagia hidup mewah kikis duit sugar mommy lain. Dasar jantan tak guna. Harap senyum je manis masa mula-mula bercinta tapi hati ibarat ular. Jumpa orang lagi kaya, blah macam tu je. Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang.
The Con-Heartist (2020).mkv_000828105.png
Petch.
Setiap kali dia senyum, ada sound effect tau. Buat aku rasa nak sepak je hahaha
Salah satu cara Ina jana pendapatan tambahan, dia buat video review macam influencer di YouTube sambil minta sumbangan daripada penonton kot la ada yang murah hati nak derma sikit-sikit untuk tolong jelaskan hutang tu. Tapi butiran akaun bank Ina tu disalahguna oleh Tower (Nadech Kugimiya), scammer yang cuba tipu Ina untuk transfer duit masuk ke akaun dia. Mujur Ina ni bijak sikit je dapat putar balik scammer tu siap boleh tahu lagi nama dan alamat penuh si scammer tu.
The Con-Heartist (2020).mkv_000530605.png
Tower.
Saat-saat kantoi lol how the tables have turned
Nak elakkan Ina report polis dan sebab tempted tengok Petch duk guna banyak barang mewah hasil dibela sugar mommy, Tower setuju untuk berkomplot dengan Ina dan scam balik Petch untuk dapatkan balik duit Ina. Bahkan siap target nak dapat 6 kali ganda dari jumlah 500,000 yang Ina nak claim tu. Macam-macam strategi mereka guna. Siap panggil member datang backup jadi pelakon tambahan. Kemudian... jeng jeng jeng...

Ulasan
Pertama kali tau aku terlintas nak buat ulasan filem. Saja cari kelainan sikit tahun 2021 ni. Biasanya aku memang jarang tengok filem sebab malas nak explore cari filem baru. Paling-paling pun tengok anime je bila ada mood. Tapi filem The Con-Heartist ni aku tertarik nak tengok sebab lepas keluar di Netflix, ramai kongsikan beberapa babak yang bagi aku sangat menghiburkan. Tu yang gigih cari masa nak tengok padahal tak sedar diri assignment berlambak haha. Tapi tak menyesal sebab filem ni tak mengecewakan.

Filem bertemakan con-artist ni bukan pertama kali orang buat. Tapi setakat ni, ni filem con-artist pertama kot yang aku tengok guna genre romantik komedi. Sebelum ni ada juga aku tengok movie tipu-tipu orang tapi biasanya yang tu banyak aksi mendebarkan sebab ye la nak mengelak dari ditangkap polis kan.

Tapi The Con-Heartist ni lain sikit sebab takde libatkan polis pun. Beberapa scene yang ada polis tu pun cuma sebagai pak pacak di belakang je. Ada satu scene je yang polis betul-betul tangkap orang. Tu pun dalam suasana kelakar yang bodo-bodo betul aku rasa lol.

Memang elemen komedi dalam filem ni fitulis dengan agak bagus sampai teruk juga aku gelak. Momen kelakar dia tu memang buat rasa macam "Ya Allah kau ni dah kenapa..." 😂 Chemistry antara para pelakon pun aku suka sebab nampak natural je interaksi mereka. Ina dan Tower comel teruk.

Paling utama, lakonan masing-masing memang mantap dan menjiwai watak tu macam diri sendiri walaupun sesetengah karakter tu personaliti dia jenis secondhand embarrasment tinggi ataupun ada habit yang ewwww sampai buat aku rasa meremang hahaha
The Con-Heartist (2020).mkv_001960480.png
Samson (dibaca: tersembur-sembur bunyi Zamzun)
Dia ni paling ewww tapi juga antara paling kelakar hahaha
Orang kata aktor yang bawakan watak Samson ni sebenarnya kacak tau di dunia sebenar. Cuma karakter dia dalam filem ni je Allahu dengan rambutnya, dengan giginya, dengan bercakap tersembur bab paip bocor tu. Menjadi sungguh dia berlakon. Dia punya impak tu memang kuat. Walaupun muncul kejap je di awal rancangan Ina dan Tower, ramai yang share babak si Samson ni di hotel tu sebab kelakar teruk 😂
The Con-Heartist (2020).mkv_003321771.png
Jone.
Rakan subahat yang macam abang untuk Tower
Lagi seorang watak yang bawa impak kuat bagi aku. Dia muncul sekejap-sekejap je tapi setiap kali muncul tu berdekah la. Tampak misterius. Tapi hakikatnya bodo-bodo je. Apa yang aku sangka dia akan buat, memang lain dengan apa yang dia buat haha. Karakter Jone ni ada buat lawak matang sikit di beberapa babak terutama kalau dia jumpa Tower jadi viewers' discretion is advised kalau tak selesa bab tu huhu 👀

Jone ni la watak utama bagi babak yang aku kata sangat menghiburkan tu. Dasar akal panjang kan. Konon nak nampak tengah buat panggilan telefon, padahal... Yakin itu perlu ya


kredit: nasamenulis

bolehn tonton di NETFLIX
 
cerita ni aku tgk tak gerak-gerak dari tempat. walaupun boleh pause. sebab cerita ni kelakaaaaaaaarrr !!!!!!!
 
best crita ni...ada jga ilmu diberikan nak jd scammer tp hnya yg btul² brbakat sahaja boleh apply di dunia realiti. hahaha
moral yang penting, jangan kerana cinta, kita sangup buat loan.
 
da lama tgk crita ni..yg aku ingt crita ni psl scammer n kelakar...jln crita dah lupa
 
Back
Top
Log in Register