BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Movie The Batman (2022)

Selalunya klau ada cerita versi ke2 ni mostly versi cover up kantoi
 
#MEU reminder that andrew Garfield, Charlie coxx and Robert Pattinson were room mate in London when they started their acting career.



275299185_4865058896910343_1750547829862443085_n.jpg
 

Batman lebih realistik​


IMG_9695_1646778313.jpg



FILEM: The Batman

PENGARAH: Matt Reeves

PENULIS SKRIP: Matt Reeves, Peter Craig

PELAKON: Robert Pattinson, ZoÎ Kravitz, Paul Dano, Jeffrey Wright, John Turturro, Peter Sarsgaard, Andy Serkis, Colin Farrell

TERBITAN: DC Films, 6th & Idaho, Dylan Clark Productions



ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

(Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

BAGI peminat setia filem dan watak Batman, tentunya kehadiran filem The Batman sememangnya dinanti-nantikan.

Kita sudah melihat pelbagai versi filem Batman yang dilakonkan ramai pelakon. Kali ini, giliran Robert Pattinson pula untuk menggalas tanggungjawab sebagai Bruce Wayne atau Batman.

Secara peribadi, Pattinson nampaknya berjaya membawa kelainan dan sisi berbeza Wayne.

Ketika sesi tayangan media baru-baru ini, saya berkesempatan menonton filem yang berdurasi hampir tiga jam ini.

Dari segi jalan cerita, The Batman arahan Matt Reeves ini menampilkan jalan cerita yang seimbang antara drama dan juga aksi.



IMG_9697_1646778315.jpg



Setiap plot dan perkembangan antara babak dijelaskan dengan sangat terperinci serta teliti.

Satu perkara yang mencuri tumpuan saya adalah sinematografinya yang sangat berbeza daripada apa yang pernah kita tonton dalam filem-filem Batman yang terdahulu.

Ia tidak terlalu komikal, tetapi lebih nampak serius dan sangat dramatik.

Watak-watak jahat yang pernah muncul di dalam filem-filem Batman turut diselitkan walaupun ada yang tidak terlalu jelas contohnya, Joker yang disampaikan dalam bentuk sekumpulan remaja nakal dengan muka yang dicat seperti Joker.



ANTARA aksi menarik dalam dalam berkenaan.
ANTARA aksi menarik dalam dalam berkenaan.


IMG_9699_1646778319.jpg



Watak Penguin lakonan Colin Farrell juga begitu mengejutkan dari segi solekan dan pembawakan. Ia benar-benar meyakinkan sehingga saya terlupa bahawa watak itu dijayakan oleh Farrell.

Watak Selina Kyle atau Catwoman lakonan Zoe Kravitz juga tidak kurang hebatnya. Namun, ia tidak mencuri lampu sorot yang diberikan kepada watak utama.

Satu lagi perkara yang membuatkan saya rasa ada kelainan adalah tidak dipaparkan bagaimana babak kedua-dua ibu bapa Wayne dibunuh seperti mana yang kita pernah melihat berulang kali dalam filem-filem Batman lain.

Selain itu, penonton juga akan dibawa untuk melihat kenderaan-kenderaan Batman yang mungkin sangat berbeza daripada apa yang sering kita gambarkan selain lokasi 'gua' yang bukan lagi gua.
 
citer batman kali ni.... kalo korang rase C.nolan slow... citer ni berkali ganda slow.... tp utk aku still x leh kalahkan DK trilogy... pada aku ni batman versi remaja yg psiko....
 
citer batman kali ni.... kalo korang rase C.nolan slow... citer ni berkali ganda slow.... tp utk aku still x leh kalahkan DK trilogy... pada aku ni batman versi remaja yg psiko....
Nolan ade yg slow ke citeny..??
Bg aku utk cite batman ok la pace mcm ni, sbb takde super power...
Story line berkisar org biasa...
 
Back
Top
Log in Register