BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

The Avengers Endgame

Oo.. Yeke. Huhu.

Sebab infinity wars macam cerita tak habis.. Sebab tu org Malaysia nak tgk kemenangan ni. Berebut semua..

Tapi sekarang dah seminggu.. Boleh dah kot. Spoiler ni... :D

Official ban untuk spoiler berakhir esok 6/5/2019.

So start esok boleh la nak sembang spoiler ke apa ke secara umum x kira tempat.

Kalau sembang sebelum 6/5/2019 kalau kat Malaysia x jadi apa kot. Habis kuat pun orang reply.. "Alaa spoiler jer pun.. baik lagi hampa pi semayang sunnat daripada duk gaduh isu spoiler."

Tapi kalau dekat luar negara.. yang masuk hospital pun ada dah sebab keluar wayang pergi cerita kuat2 apa jadi dekat Iron Man dan Captain Amerika. Satu hall tempat beli ticket tu katok mamat tu separuh mati. :))

So director Endgame, adik beradik Russo tu minta semua peminat respect tarikh 6/5/2019 tu. Lepas 6/5 nak cerita dalam Reddit tanpa consequences boleh dah kot.

Rasanya endgame ni je... Kecoh spoiler

Sebelum ni xde pun

Betul setuju. Endgame ni pelik sikit.

Biasa filem lain mcm Johnny English, The Boy Who Would Be King, even Fast Furious dan segala bagai yang lain pun aku akan bukak Wikipedia dulu baca the whole story lepas tu baru tgk wayang.

Tapi Endgame ni sebab dia sambung direct dari Infinity War yang tergantung tu.. ada satu feel mcm drama build-up yang aku sedaya upaya x mau tau apa jadi melainkan dengan directly tgk filem tu.

Tapi susah nak elak spoiler.. so hari pertama tayangan aku dah pi tengok dah.. senang x ada risau orang spoil. :))
 
nak tanya jika pi tengok dan ada tertinggal sekual sekual sebelum ni..boleh faham dak jalan cerita...
 
just curious.

kenapa captain america boleh guna tukul thor pulak?
aku igtkan thor jer yg boleh guna.
 
nak tanya jika pi tengok dan ada tertinggal sekual sekual sebelum ni..boleh faham dak jalan cerita...

yang penting tgk dulu infinity war.... lain2 movie kalau x tgk boleh je fhm.. cuma nanti banyak persoalan je... yg ni dari mane... yg tu dari mane... sebab semua ada kaitan... :D
 
just curious.

kenapa captain america boleh guna tukul thor pulak?
aku igtkan thor jer yg boleh guna.

berkaitan sumpah Odin, sapa2 yang betul2 layak boleh angkat tukul tu. So kene recall cite2 sebelum ni mcm cite the first avenger :)). Dalam cite Age of ultron pun captain america boleh gerakkan tukul tu
 
Endgame kutip USD2.2 bilion

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Filem Avengers:Endgame meneruskan dominasi global dalam carta box office apabila berjaya melepasi kutipan AS$2 bilion (RM8.30 bilion) dalam masa kurang dua minggu sekali gus mengatasi filem Titanic sebagai filem kedua dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia.


Walt Disney Co. menganggarkan Avengers:Endgame menambah AS$145.8 juta (RM601 juta) dari pawagam di Amerika Utara dan AS$***.2 juta (RM1.17 bilion) di peringkat antarabangsa, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan global sebanyak AS$2.2 bilion (RM9.13 bilion).

Filem tersebut merupakan salah satu dari lima filem yang pernah mencapai kejayaan seperti itu dan ia kini berada di belakang filem Avatar yang berada di tempat pertama dengan kutipan sebanyak AS$$2.8 bilion (RM11.6 bilion).

Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009, melepasi paras AS$2 bilion (RM8.30 bilion) dalam masa 47 hari tayangan berbanding filem Avenger:Endgame yang hanya mengambil masa 11 hari sejak ditayangkan sekitar penghujung April lalu.

"Pecutan untuk melepasi kutipan AS$2 bilion (RM8.30 bilion) itu amat sukar dipercayai, dan untuk mencapai rekod global seperti filem Avatar, Avengers:Endgame perlu ditayangkan secara marathon," kata Paul Dergarabedian, penganalisa senior untuk Comscore sambil mengatakan filem itu mampu untuk mencapai matlamat tersebut.

Secara keseluruhan, filem adiwira Marvel yang masih ditayangkan di 4,662 panggung wayang seluruh Amerika Syarikat itu berjaya mencatat kejayaan cemerlang daripada segi kutipan. - AP


https://www.sinarharian.com.my/article/26770/GLOBAL/Kurang-2-minggu-kutipan-Avengers-Endgame-cecah-lebih-AS$2b
 
Back
Top
Log in Register