BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,176.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

The Avengers Endgame

anak ant man mcm beso sgt je, baru 5 tahun dah mcm 20 umur
 
terima la hakikat.. ni penamat avenger versi yg selama ni kita tgk.. lepas ni sama ada sambung twist lain atau reboot.. sedangkan komik pon byk story ending yg berbeza2 tapi yg kita saksikan memang itu la penamat nya..

avenger akan dtg leader adalah capt marvel sendri.. tapi kembali masa silam bukan seperti film back to the future .. masih ingat war machine kasi idea.. "kenapa x kembali zaman thanos masih kecil.. dan cerut leher nya sampai mati" tapi hulk bgtau dua2 zaman x berkait pon..

marvel still leh buat film tuk zaman lain atau story lain yg x berkaitan gan endgame pon..
 
Baru lepas tgk hari sabtu ritu.. komen saya, siri Thanos sebelum ni lagi best dari segi plot citer & storyline. Mungkin sebab banyak sangat karakter yg nak difokuskan jadi plot kurang menarik dan meleret.

** siri tepi lepas ni mesti ada Guardians of Galaxy dan Thor sebab diaorang ada pergi luar angkasa untuk pergi planet2 + Peter Quill nak cari Gamora balik. Pastu karakter Arrow pun akan ada siri tepi lepas ni sebab ada scene dier bunuh geng2 kat Jepun (mamat yg Arrow bunuh pun artis Jepun famous jugak so dari segi logik mesti ada sebab kenapa mamat Jepun yg famous di pilih, kalau setakat nak tunjuk scene bunuh tu bole je cari artis yg tak famous).

**dua karakter yang dimatikan iaitu Iron Man (Tony Stark) dan Black Widow (Nat) mesti akan dihidupkan kembali. Mungkin menggunakan teknologi kaum Rwanda (Black Panther) dan Hulk. Capt. America pun dah tua dan mungkin akan menggunakan teknologi menjadi muda dari puak Rwanda. Kalau tak guna teknologi, mungkin akan menggunakan teknologi penguraian @ Quantum. Mamat Red Skull ni pun sebelum ni jahat habis tapi bila jadi assistant untuk sesapa yg nak create batu 'life' jadi tak ganas pulak. Ini pun mungkin jadi satu penyebab kalau nak hidupkan Black Widow kembali. Tak silap Pepper (awek Iron Man) sebelum ni ada power Extremis jugak kan dalam siri sebelum ni tapi takde lak highlight cuma tunjuk dier pakai suit ironman masa nak lawan geng2 Thanos.

Tapi kalau selalu guna teknologi back to past ni jadi boring aa sebab kalau tak semua orang nak hidupkan kembali adik laa, sedara laa, mak laa..etc.
 
sedangkan star wars pun kite dok igt dah tamat xde lagi dah penyambungnya lps dark vader mati tp still bersambung2 gak lagi smpi la ni..msk plak part ank2 plak berlawan..lps ni sambung cicit piut plak lawan..ha3x
 
lps ni morgan stark plak yg genius.. ganti bapak die..
lawan thane, anak thanos.. mantap
 
Last edited:
Zamir Mohyedin
8 hrs

Ini adalah tulisan tentang konsep pengembaraan masa (time travel) yang digunakan dalam ‘Avengers: Endgame’. Bagi saya, konsep pengembaraan masa yang digunakan dalam filem ini memang agak ‘fresh’ kalau mahu dibandingkan dengan filem-filem ini – disebut oleh Hulk (Bruce Banner) dalam filem ini.

Amaran, tulisan ini mengandungi ‘spoiler’ walaupun dah sebut satu 'spoiler' di atas.

Saya akan menjelaskan konsep pengembaraan masa ini satu persatu berdasarkan babak yang akan saya senaraikan di bawah. Kemudian, saya akan menjelaskan secara keseluruhan.

----------

1. Apakah konsep pengembaraan masa yang disebutkan oleh Ant-Man ketika permulaan plot filem?

2. Apakah yang ditemui oleh Tony Stark (Iron-Man) yang membuatkan dia mula bersetuju untuk menolong Avengers kembali ke masa lalu?

3. Apakah sebenarnya yang dibincangkan oleh Bruce Banner dengan The Ancient One?

----------

1. Pada tahun 2023 – 5 tahun selepas kekalahan Avengers, Ant-Man keluar dari Dunia Kuantum. Ketika menemui Avengers, Ant-Man kata konsep masa dalam dunia kuantum amat berbeza dengan konsep masa yang mereka alami. Menurut Ant-Man, dia tidak merasakan 5 tahun telah berlalu di dunia kuantum.

Dalam mekanik kuantum, terdapat satu idea yang diusulkan oleh Bruce DeWitt dan John Wheeler dalam usaha untuk menyatukan relativiti dan mekanik kuantum.

Usaha mereka telah menatijahkan tiadanya kewujudan masa (timeless or disappearance of time) dalam dunia kuantum. Sebahagian ahli fizik berkesimpulan bahawa kemungkinan apa yang kita ukur selama ini mungkin bukan masa, tetapi sesuatu yang kita panggil sebagai ‘masa’. Walau bagaimanapun, sukar sebenarnya untuk bayang secara fizikal dengan ketiadaan masa.

Tetapi Ant-Man beritahu selepas itu – lebih kurang – di dunia kuantum kita mampu pergi ke satu titik masa ke satu titik masa. Konsep ini sebenarnya pernah diusulkan oleh Stephen Hawking bagi menjelaskan konsep masa dalam mekanik kuantum iaitu masa khayalan (imaginary time).

Menurut Hawking, masa di dalam dunia kuantum dikendalikan atau dilihat seperti ruang. Dalam ruang, kita boleh ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah. Secara konvensionalnya, masa hanya boleh ke depan. Dan kita hanya mampu ke depan. Tetapi dalam dunia kuantum, masa dapat dikawal seperti ruang. Kita boleh ke depan dan ke belakang seperti yang Ant-Man sebutkan.

2. Salah satu sebab Tony Stark tidak mahu kembali ke masa lalu adalah kerana dia takut perubahan yang berlaku di masa lalu akan merisikokan kebahagian yang dia kecapi pada masa sekarang (present time). Maksudnya, akan berlakunya pecahan garis masa (splitting timeline).

Tetapi ketika dia buat simulasi untuk memastikan realiti sekarang tidak berubah atau dia terus kekal pada garis masa (timeline) asal, Stark menjumpai ‘Mobius Strip’. Sejenis lingkaran yang anda lihat dihasilkan oleh Friday.

Ketika kali pertama nampak imej ini, saya berasa agak teruja kerana ia mengingatkan saya dengan konsep topologi – konsep yang bersangkut paut dengan penyelidikan saya. Konsep matematik Mobius Strip dibangunkan oleh ahli matematik, Ferdinan Mobius.

Dalam bahasa mudah, konsep pengembaraan masa berasaskan Mobius Strip akan menyebabkan masa sekarang atau masa depan tidak akan berubah walaupun perubahan dilakukan di masa lalu – konsep Butterfly Effect tidak terpakai dan garis masa tidak akan berpecah (loop time travel). Lebih kurang macam filem Predestination. Apa yang diubah pada masa lepas sebenarnya telah berlaku.

Sewaktu Rhodes (War Machine) tanya pada Hulk tentang kesan pada masa kini kalau masa lepas diganggu, Hulk menafikan perkara itu terjadi. Rhodes sempat menyatakan beberapa buah filem seperti Star Trek, Terminator, Time Cop dan dll yang menjadi hujahnya tentang kesan kembali ke masa lalu.

Hulk menafikan, “If you travel to the past, that past becomes your future and your former present becomes the past, which can’t now be changed by your new future.”

3. Apa yang dibincangkan oleh Bruce Banner dan Ancient One adalah perpecahan garis masa (timeline splitting) seperti yang saya sebutkan tadi. “The Infinity Stones create what you experience as the flow of time. Remove one of the stones and that flow splts.” – kata Ancient One sambil membentuk jalur kegelapan, menunjukkan realiti yang baru akan penuh kegelapan tanpa Infinity Stones.

Idea yang disebut oleh Ancient One ini sangat popular dan konsep ini sebenarnya dirisaukan oleh Tony. Konsep ini pertama kali diperkenal oleh Hugh Everet III dalam menafsirkan dunia kuantum – ‘Many Worlds Interpretation’.

Menurutnya, setiap kemungkinan yang berlaku dalam dunia kuantum tidak akan hilang, malah ia berlaku melalui perpecahan banyak garis masa.

Filem ini telah menggambungkan konsep dunia selari yang banyak dan konsep ‘loop time travel’.

Untuk tidak bertambah pening, sebenarnya apa yang mereka lakukan – kembali ke masa lalu – sentiasa berlaku.

Maksudnya, hal tersebut telah pun berlaku dalam filem-filem lain. Howard Stark pernah berjumpa dengan anaknya, Thor pernah berjumpa dengan ibunya, Rocket memang pernah mencuri Aether daripada Jane, dll – Ini konsep Mobius Strip (Time Loop).

Logik atau tuntutan mereka untuk mengembalikan semula Inifinity Stones di tempat asal adalah untuk mengelakkan realiti masa kini mereka berubah – konsep ‘Many Worlds Interpretation’.

Hal ini bercanggah sedikit sebenarnya. Mereka tidak kisah menganggu sebarang peristiwa di masa lalu seperti Steve Rogers bertemu dengan dirinya, atau membuatkan Stark hampir nak mati ketika jantung digitalnya diganggu. Tetapi mereka kisah dengan gangguan mengambil Inifinity Stones di masa lalu. Sebab itu ada gabungan dua konsep pengembaraan masa itu tadi.

Antara lain paling jelas mengenai konsep ‘Many Worlds Interpretation’ adalah Nebula membunuh dirinya pada masa lalu, tetapi Nebula masa kini tidak mati – Ini sama seperti Paradoks Atuk (Grandfather Paradoks). Ini menunjukkan Nebula yang mati dibunuh datang daripada garis masa yang lain, jadi kewujudan Nebula masa kini tidak terganggu.

Bagaimana pula dengan Steve Rogers kembali ke masa lalu? Kalau kita tonton, realiti masa kini tidak berubah sewaktu Roger kembali ke masa lalu untuk hidup bersama Peggy — Rogers memilih untuk hidup di masa lampau setelah memulangkangkan semula Infinity Stones. Hal ini dapat dijelaskan sebenarnya Rogers memang pernah kembali ke masa lalu – konsep Mobius Strip.

Saya berkata begini kerana pada pendapat saya Peggy pernah berkahwin dan kita tahu hal ini. Cuma Peggy tidak pernah mendedahkan siapa suaminya. Jadi, saya beranggapan Steve adalah suaminya kerana penjelasan begini lebih 'make sense' untuk menjelaskan kenapa realiti masa kini tidak berubah sewaktu Steve kembali ke masa lalu untuk memulangkan Mjolnir dan Infinity Stones.

Ingat tak babak Thor pernah cuba untuk memanggil Mjolnir dalam filem Dark World. Tapi Mjolnir tak datang. Masa ini Mjolnir telah diambil, tapi belum dipulangkan. Saya akan tambah beberapa butiran yang lain kalau ada yang terlepas.

Pada pengamatan saya, semua filem Marvel dicipta memang khas saling berkait dan akhirnya disimpulkan dalam Endgame. Endgame dah dirancang sejak filem MCU ditayangkan. Rasanyalah.

Kesimpulannya, bagi saya, agak bercelaru apabila digabungkan dua konsep ini — 'Many Worlds Interpretation' & 'Mobius Strip'. Sebab akan jadi tidak konsisten. MCU patut tetapkan satu bentuk model saja untuk pengembaraan masa supaya tidak berlaku banyak lubang plot.

Kalau anda pening kenapa itu dan ini, hal ini kerana MCU telah menggabungkan dua konsep pengembaraan masa yang saling bercanggah. Banyak paradoks dalam filem ini tidak selesai.

58460724_2320670197953145_4521976576954335232_n.jpg

konsep dia macam cite dragonball super la...zamasu mati...pastu dragonball super heroes zamasu ada hidup lagi..tu belum lagi pasal trunks masa depan dgn masa lampau..goku ada 2..mcm2 lagi..:eek::eek:
 
mlam tadi layan sekali lagi avengers kali ni kat fb. ada page mana buat live fb citer ni, sampai kul 2 pagi lebih la baru abis. baru phm clear kali kedua tgok.
 
abam kereta mayat punya review The Avengers Endgame lagi mantap.
 
Baru lepas tgk hari sabtu ritu.. komen saya, siri Thanos sebelum ni lagi best dari segi plot citer & storyline. Mungkin sebab banyak sangat karakter yg nak difokuskan jadi plot kurang menarik dan meleret.

** siri tepi lepas ni mesti ada Guardians of Galaxy dan Thor sebab diaorang ada pergi luar angkasa untuk pergi planet2 + Peter Quill nak cari Gamora balik. Pastu karakter Arrow pun akan ada siri tepi lepas ni sebab ada scene dier bunuh geng2 kat Jepun (mamat yg Arrow bunuh pun artis Jepun famous jugak so dari segi logik mesti ada sebab kenapa mamat Jepun yg famous di pilih, kalau setakat nak tunjuk scene bunuh tu bole je cari artis yg tak famous).

**dua karakter yang dimatikan iaitu Iron Man (Tony Stark) dan Black Widow (Nat) mesti akan dihidupkan kembali. Mungkin menggunakan teknologi kaum Rwanda (Black Panther) dan Hulk. Capt. America pun dah tua dan mungkin akan menggunakan teknologi menjadi muda dari puak Rwanda. Kalau tak guna teknologi, mungkin akan menggunakan teknologi penguraian @ Quantum. Mamat Red Skull ni pun sebelum ni jahat habis tapi bila jadi assistant untuk sesapa yg nak create batu 'life' jadi tak ganas pulak. Ini pun mungkin jadi satu penyebab kalau nak hidupkan Black Widow kembali. Tak silap Pepper (awek Iron Man) sebelum ni ada power Extremis jugak kan dalam siri sebelum ni tapi takde lak highlight cuma tunjuk dier pakai suit ironman masa nak lawan geng2 Thanos.

Tapi kalau selalu guna teknologi back to past ni jadi boring aa sebab kalau tak semua orang nak hidupkan kembali adik laa, sedara laa, mak laa..etc.

alamak bro..arrow mana lak ni?bukan arrow dr justice league ke?mcm awek duk sebelah aku masa wayang semalam,ade ke scene hulk dgn rocket cari thor dia ckp cari aquaman..pastu gambar tony dgn peter parker dia ckp peter parker tu budak yg lari laju tu...adehhh..marvel dgn dc comics pun x kenal awek tu..nak je aku gelak smlm..haha :)):))
 
Bukan arrow justice league. Saya lupa nama karakter dier.. Clint Barton yang sebetulnya (cari kat pakcik google). Saya bantai letak nama arrow sebab tu je yang saya ingat sbb dier sorang je yang main panah.
 
Back
Top
Log in Register