BTC USD 80,892.5 Gold USD 4,393.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

The apprentice asia

ada video utube atau donload link


plzzzzzzzz ???
 
taa-nikaisyah-cast.jpg


NIK AISYAH AMIRAH BINTI MANSOR
oditor...25th...single lg...:D

muka tahap koperat dah ni

perggg..layan gak minah sorang
 
Hendy dr indon aperentis prtama kena fired dgn tony..
Bg aku hendy ni ok, kalu x, mcmana dia boleh ada 1000 outlet di indon..
Sepatutnya 1st week ni jgn ada kena fired lg.... kasi panas dulu
 
52488_tony-fernandes-apprentice-asia-axn.JPG


THE APPRENTICE ASIA (ASTRO)
MULAI: 22 Mei 2013
HARI: setiap Rabu
MASA: 9.05 malam
SALURAN: AXN (701) dan AXN HD di (721)



SINOPSIS THE APPRENTICE ASIA (ASTRO)

disertai oleh 12 peserta yang mempunyai latar belakang yang cukup hebat dari enam negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan India.

Rancangan realiti terkemuka ini telah difilemkan di Singapura dan Kuala Lumpur sebagai destinasi utama dan diadapatasi dari rancangan siri realiti Amerika Syarikat berdasarkan format yang dicipta oleh pengasas realiti TV, Mark Burnett ( The Voice dan Survivor) dan diterbitkan oleh Fremantlemedia Asia sebuah syarikat hiburan global yang hebat dan terkenal.

Menarik tentang The Apprentice Asia ialah ianya akan dihoskan oleh hartawan syarikat penerbangan tambang murah dari Malaysia, Air Asia, iaitu Tan Sri Tony Fernandes. Turut menjadi juri utama adalah dua nama besar yang berpengalaman luas dalam bidang usahawan iaitu Mark Lankester, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotel dan Ketua Pegawai Eksekutif Expedia Asia, Kathleen Tan.

Ketiga-tiga nama besar ini akan menjadi tulang belakang kepada 12 usahawan muda terbaik The Apprentice Asia untuk membuktikan siapa yang lebih layak digelar juara The Apprentice Asia. Mark Lankester dan Kathleen Tan ditugaskan untuk memantau setiap pasukan sewaktu mereka menjalankan tugasan dan pendapat serta komen mereka berdua sangat berguna buat Tony Fernandes untuk menentukan siapa yang bakal dipecat terus dari The Apprentice Asia.

Mengetengahkan konsep yang sedikit berbeza dari The Apprentice sebelum ini, 12 peserta bakal dipecahkan kepada dua kumpulan dan bakal diuji dengan cabaran dan kemahiran dalam bidang jualan, perundingan, kreativiti, pengurusan, penjenamaan dan kepimpinan.

Selain cabaran dan kemahiran yang bakal disaksikan para penonton, turut diselitkan ialah drama-drama yang tidak jangka oleh 12 peserta sewaktu mereka menjalankan tugasan yang diberikan. Pertembungan pelbagai idea dan tiada kata sepakat antara drama hebat yang perlu disaksikan para penonton.

Episod pertama The Apprentice Asia adalah permulaan yang sangat mengejutkan dan mengujakan buat 12 peserta yang terpilih untuk membuktikan kemahiran mereka sebagai usahawan muda yang bermula dari bawah dan bakal menerima banyak pengajaran berguna dari apa yang ingin dikecapi sebagai seorang yang berjaya.

Jadi apakah tugasan pertama yang bakal dilalui oleh 12 peserta The Apprentice Asia di episod pertama nanti? Siapakah yang bakal dipecat ketika sesi boardroom atau mungkin tiada penyingkiran di The Apprentice Asia episod pertama?

Segala jawapan tentang The Apprentice Asia bakal terjawab pada 22 Mei 2013 ini yang bakal disiarkan setiap hari Rabu bermula jam 9.05 malam di saluran AXN (701) dan AXN HD di (721)!

The Apprentice Asia dipersembahkan oleh AirAsia, Expedia, Hilton Hotels & Resorts, IG, telefon pintar rasmi Blackberry dan kereta rasmi Volkswagen Malaysia.

p/s; taknak boikot ke rancangan nie? :D

Beri ku sebab kenapa perlu ku boikot rancangan nie??
 
muka tahap koperat dah ni

perggg..layan gak minah sorang

Boleh diperbaiki lagi dari segi berpakaiannya tuh.Memang nampak secara umum-WANITA MUSLIMAH KORPORAT...tapi adakah ia benar2 menepati kehendak syarak.

Apa pun,sokongan harus diberikan...perjalanan wanita ini masih jauh lagi,peluang harus diberikan sebaiknya.InsyaAllah.:)cgrock:)paid
 
nie semua lakonan je..

yg dah menang kalah semua dah dirancang...:)) :))
 
Back
Top
Log in Register