BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

The Amazing Spider-Man lebih hebat

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PADA hari pertama ditayangkan di Amerika Syarikat, filem reboot kepada francais Spiderman, The Amazing Spider-Man ini berjaya mengutip RM 111.6 juta (USD35 juta), rekod tertinggi untuk filem tempatan.

Sekali gus, filem arahan Marc Webb itu berjaya mengetepikan pemegang rekod sebelum ini, Transformers yang catat kutipan RM88.9 juta (USD27.9 juta) pada 2007. Malah, selepas enam hari ditayangkan, filem ini sudah mencatat kutipan RM1 bilion (USD 341.2 juta) mengatasi tiga filem Spiderman sebelum ini iaitu Spider-Man pada tahun 2002 yang mengutip RM 459 juta (USD 144.1 juta), Spider-Man 2 (2004) RM 574 juta (USD180.1 juta) dan Spider-Man 3 pada 2007 dengan kutipan RM 561.5 juta (USD176.2 juta) juga selepas enam hari tayangan.

Selepas kata sepakat gagal dicapai antara pengarahnya, Sam Raimi dan pihak produksi, Sony Pictures pada 2008, Sony kemudiannya membuat keputusan untuk memulakan kembali siri filem Spider-Man dengan jalan cerita, pengarah dan pelakon yang baru.

Filem yang diadaptasi daripada komik adiwira Marvel itu, kemudiannya memilih Webb sebagai pengarah dan Andrew Garfield sebagai pelakon utama dan dibantu pelakon lain seperti Emma Stone, Rhys Ifans, dan Martin Sheen.

Namun, pada pandangan penulis, tidak adil untuk membandingkan karya Raimi dan Webb kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Sama-sama mengekalkan babak aksi dari filem ini, namun Webb lebih menyuntik elemen emosi terhadap karya Spider-man kali ini.

Malah, penggunaan teknologi dalam membentuk baju dan jaring membuatkan filem ini lebih logik di fi kiran berbanding francais Spider-man sebelum ini. Webb juga lebih banyak menggunakan babak aksi yang realistik berbanding menggunakan teknik janaan komputer (CGI).

Bagaimanapun, dari segi lakonan, Garfield sedikit gagal pada mulanya, namun seiring dengan perkembangan plot, Garfield sudah mula berjaya bawa watak Peter Parker.

Secara keseluruhannya, filem ini amat menarik untuk ditonton.

Filem ini mengisahkan Peter Parker, seorang anak yatim piatu yang dibesarkan bapa dan ibu saudaranya. Ibu bapanya telah meninggal dunia dalam satu tragedi misteri.

Atas dasar ingin tahu, Parker telah menyiasat sehingga menemui sahabat baik bapanya iaitu saintis ternama, Dr Curt Connor. Penyiasatan Parker telah membawanya ke makmal ujikaji milik Dr Connor dan di situ, dia digigit seekor labah-labah ganjil iaitu haiwan uji kaji Dr Connor.

Masalah timbul apabila Dr Connor gunakan penyelesaian sains bantuan Parker untuk ubah dirinya jadi makhluk mutasi Lizard. Mampukah Parker halang Dr Connor?



sumber:http://www.sinarharian.com.my/hiburan/the-amazing-spider-man-lebih-hebat-1.66322
 
hari ini mesti pie tgk
 
bagi aku xbest langsung
CGI mcm kartun
banyak kecacatan yg ditonjolkan
 
Back
Top
Log in Register