BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TESDEC perkenal program kemahiran baharu

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
tesdecc.transformed.jpg

MARANG: Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) akan memperkenalkan program kemahiran baharu iaitu mekanik basikal lumba dan lasak bagi memenuhi permintaan pasaran kerja semasa

Program itu bertujuan melahirkan lebih ramai pekerja profesional dalam bidang pembaikan basikal yang meningkat permintaannya, sekali gus menjadikan TESDEC pusat pengajian pertama menawarkan kursus seumpama itu di negara ini

Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Datuk Mohd Rozali Salleh, berkata usaha mewujudkan kursus bidang itu dibuat selepas menerima banyak permintaan pelbagai pihak bagi melahirkan tenaga mahir dalam membaiki basikal lumba dan lasak

"Kita akan menyiapkan kertas kerja program dan apabila proses berkaitan selesai, ia dijangka dilaksanakan tahun ini membabitkan pengambilan kumpulan pertama seramai 30 pelajar

"Kursus baharu itu diperkenalkan selepas mengambil kira keperluan pasaran berikutan keghairahan masyarakat dalam sukan berbasikal terutama di negeri ini," katanya selepas perasmian program `Jom Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama TESDEC' di kampus kolej berkenaan dekat sini, hari ini

Majlis perasmian disempurnakan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku

Turut hadir Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie dan Pengurus Besar TESDEC, Saidi Saleh
 
Back
Top
Log in Register