BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

ada tak melayu islam yg tiru bulat2 konsep mamak ni?

saya tak pernah jumpa. tertanya2 juga. kenapa melayu tak nak buat ye? :-?

sebab persatuan mereka tak bagi ke?


Boleh try suberi nasi kandar
 
kenapa perlu tiru mamak..
sedangkan orang melayu ada style sendiri..

gulai kawah, ikan bawal goreng, nasi campur, selera seafood.. bla bla..

the best part in malaysia..

klo nak makan boleh cari masakkan chinese muslim.. india muslim.. pattani.. western.. fast food.. tradisional malay food..

masing2 ada tarikkan tersendiri..

kt area tmpt aku nih ada kedai tomyam bkk smpi pkol 4 pagi..

seawal 7 pagi dah ada kedai nasi campur..

lewt 5 ptng nasi kandar.. lokasi berbeza2 dgn masa dan tarikkan masing..

kena tengok demand jugak, berapa ramai orang tengah2 malam pagi buta orang nak makan tomyam, pagi2 nasi campur...mamak ni hidup waktu malam, orang nak lepak makan roti canai sambil sembang, sambil tengok bola..makanan yg tak berat sangat..pepagi orang nak sarapan yg cepat..


kelebihan kedai mamak ni servis pantas, dan kos buruh tak tinggi sebab pelayan banyak india betul mari...

melayu susah la sikit nak tembus, nak cari buruh kerja 12 jam, 12 jam
 
kenapa perlu tiru mamak..
sedangkan orang melayu ada style sendiri..

gulai kawah, ikan bawal goreng, nasi campur, selera seafood.. bla bla..

the best part in malaysia..

klo nak makan boleh cari masakkan chinese muslim.. india muslim.. pattani.. western.. fast food.. tradisional malay food..

masing2 ada tarikkan tersendiri..

kt area tmpt aku nih ada kedai tomyam bkk smpi pkol 4 pagi..

seawal 7 pagi dah ada kedai nasi campur..

lewt 5 ptng nasi kandar.. lokasi berbeza2 dgn masa dan tarikkan masing..

Betul tu

Hanya kaedah kerja yg baik sahaja perlu ditiru/diikut...

Yg aku puji kebanyakan kedai makan kelantan/siam, & sesetengah mamak ni, servis pantas
 
kenapa perlu tiru mamak..
sedangkan orang melayu ada style sendiri..

gulai kawah, ikan bawal goreng, nasi campur, selera seafood.. bla bla..

the best part in malaysia..

klo nak makan boleh cari masakkan chinese muslim.. india muslim.. pattani.. western.. fast food.. tradisional malay food..

masing2 ada tarikkan tersendiri..

kt area tmpt aku nih ada kedai tomyam bkk smpi pkol 4 pagi..

seawal 7 pagi dah ada kedai nasi campur..

lewt 5 ptng nasi kandar.. lokasi berbeza2 dgn masa dan tarikkan masing..

kena tiru la dah tau orang suka makan & lepak mamak.

kedai2 tuan sebut tu takde jual roti canai, tosei etc.

kedai makan melayu ramai melayu lain dah buat. lagipun pilihan makanan mamak & kedai tomyam ni kan berbeza.
 
aku dah lama boikot kedai mamak.. bukan sebab racist.. sebab tak lalu tengok style diaorang masak.. tak berapa hygienic.. maybe sebab pekrja direct dari india rasanya..
 
PPIM gesa tindakan tegas terhadap restoran bukan Islam gantung ayat al-Quran

image.jpg


SHAH ALAM - Pemilik restoran bukan Islam yang meletakkan ayat al-Quran bertujuan untuk menarik pelanggan ke premis mereka perlu dikenakan tindakan lebih tegas melalui penguatkuasaan undang-undang sedia ada.


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu melibatkan premis bukan Islam menyalahgunakan ayat suci al-Quran itu bukan perkara baharu, namun telah kerap dilaporkan berlaku.

Justeru katanya, kerajaan perlu mengubah kaedah penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas supaya orang Islam tidak terus tertipu dengan helah peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.

"Kita mahu kerajaan melalui agensi berkaitan mengambil tindakan yang lebih tegas dan serius mengenai perkara ini.

"Jangan lagi guna kaedah beri amaran, tarik sementara lesen perniagaan dan sebagainya, sebaliknya kerajaan perlu ambil tindakan melalui akta penguatkuasaan yang telah diwujudkan.

"Kita tidak mahu perkara sama berulang pada masa akan datang dan pengguna khususnya yang beragama Islam terus tertipu," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Nadzim turut meminta pengguna Islam agar lebih bijak memilih restoran yang tidak meragukan.

"Sebagai orang Islam kita perlu sentiasa mementingkan aspek kebersihan serta kesucian, jadi pilihan restoran yang diusahakan oleh peniaga muslim dan halal," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengarahkan pemilik sebuah restoran di Shah Alam menurunkan sebarang papan tanda atau hiasan yang mempunyai ayat al-Quran di premis berkenaan.

Terdahulu, pada awalnya tular di media sosial insiden pekerja ditampar oleh pelanggan selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam premis berkenaan.

Insiden tersebut menyebabkan pemilik restoran membuat laporan polis bagi tujuan menjaga keselamatan pekerjanya.

Namun, hasil laporan polis dibuatnya itu kemudiannya tular dan mendedahkan kepada netizen bahawa restoran berkenaan bukannya dimiliki seorang Muslim.


https://www.sinarharian.com.my/arti...Tindakan-tegas-terhadap-restoran-bukan-Muslim
 
Peniaga bukan Islam pamer ayat al-Quran, ini kata Mufti Kelantan

146588.jpg


KOTA BHARU - Tiada laporan orang bukan Islam menggunakan ayat al-Quran sebagai pelaris di kedai makan di Kelantan.


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tindakan peniaga bukan Islam menggunakan ayat al-Quran jelas mengundang kekeliruan kepada pelanggan.

Menurutnya, jika benar ada kedai bukan Islam menggunakan ayat suci di premis tetapi menyediakan makanan di tempat kotor atau tidak halal, maka tindakan perlu diambil.

"Namun, orang ramai diminta tidak meletakkan hukum terhadap pemilik kedai bukan Islam sebab ada juga yang menggajikan pekerja Islam termasuk tukang masak," katanya.

Mohamad Shukri berkata, ia termasuk kedai yang memiliki logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing.

Kataya, masyarakat tidak boleh berprasangka semata-mata pemilik kedai berkenaan bukan beragama Islam.


https://www.sinarharian.com.my/arti...m-pamer-ayat-al-Quran-ini-kata-Mufti-Kelantan
 
Pemilik restoran diberi amaran tidak perdaya pelanggan Islam

llka_1547031255.jpg

PEGAWAI Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor (KPDNHEP), bersama Kementerian Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Islam Selangor (JAIS) dan Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) melakukan pemeriksaan pada restoran mamak di sekitar Bandar Bukit Tinggi dalam Operasi dan Pemeriksaan Restoran Mamak. - NSTP/Roslin Mat Tahir

KLANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada semua pengusaha premis makanan di negeri ini supaya tidak sesekali memperdaya atau mengelirukan pengguna terutama umat Islam.

Kesalahan itu termasuk ketiadaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta mempamerkan tulisan dan memasang bacaan ayat suci al-Quran di premis makanan walaupun pemiliknya bukan beragama Islam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam, berkata pihaknya bersama Jabatan Agama Islam (JAIS) amat memandang serius perkara itu dan akan menjalankan pemantauan menyeluruh secara berperingkat.

“Kita sememangnya mengambil maklum mengenai aduan berkaitan premis yang didapati mengelirukan dan menyebabkan kebimbangan kepada pengguna Islam.

“Sepanjang tahun lalu, kita menerima sebanyak 22 aduan mengenai perkara itu membabitkan status halal yang merangkumi bukan saja tiada SPHM, malah penggunaan bahan makanan di premis makanan.

“Justeru, kita meminta pemilik restoran mengelak daripada membuat penampilan yang boleh memperdaya dan mengelirukan pengguna seolah-olah premis itu menjual makanan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjalankan operasi pemeriksaan terhadap premis makanan di sekitar Bandar Bukit Tinggi di sini, petang tadi.

Hadir sama, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Abdul Haziq Izzat Abdul Wahid.

Pemeriksaan bermula jam 3 petang itu disertai seramai 38 pegawai dan anggota penguatkuasa KPDNHEP negeri, JAIS, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Kementerian Kesihatan.

Dalam operasi selama dua jam itu, sebanyak tiga restoran dikenakan tindakan atas kesalahan berkaitan tahap kebersihan, halangan dan tidak mematuhi syarat SSM.

Kata Azman, pengguna turut dinasihatkan membuat rujukan kepada pihak berkaitan sekiranya mahu sebarang maklumat tepat mengenai status premis makanan halal.

Dalam perkara berasingan, beliau berkata sebanyak tiga premis di Banting diarah tutup serta merta kerana melakukan kesalahan berkaitan tahap kebersihan semalam.

“Dalam operasi bersepadu itu, kita turut mengesan kesalahan penandaan harga di premis yang diperiksa bersama agensi berkaitan termasuk Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL),” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/w...oran-diingatkan-tidak-perdaya-pelanggan-islam
 
dah boleh buat operasi khas seluruh Malaysia di kedai mamak

1. Check pemilik muslim atau tidak
2. Check pekerja
3. Check muslim boleh mengucap atau tidak
4. Check mereka solat atau tidak
5. Check kebersihan mereka mcm mana
6. Check kefahaman agama biar pun asas

ini penting sebab makanan mamak ni la dok penuhkan perut org muslim malaysia ni...( sambil hisap rokok ):D
 
Back
Top
Log in Register