BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

No pork no lard shud be halal kan?

itu salah 1 kriteria non halal la..kalau ada pork atau masukkan arak dalam masakan. kat sini point Halalan

ada 1 istilah lagi selepas perkataan halalan iaitu toyyiban. dari segi toyyiban ni, ia lebih kepada good hygiene practice. kat sini la banyak kedai mamak yang fail.

selain drp pork, haiwan biasa pun boleh jadi haram untuk di makan oleh orang Islam.

contohnya, kalau ayam yang disediakan tu tak disembelih mengikut syariat/ aturan Islam..ayam mati drp prosedur cucuk ke, sembelih tidak sempurna, kena pulas leher dia ke, kena lemas dalam air ke..tu dikira bangkai dan umat Islam tak boleh makan. Haram..

dan perlu dibimbangkan juga takut2 ada pemujaan hindu semasa mana2 langkah penyediaan makanan.. sebab tu umat Islam perlu elak makan semua makanan macam ni.

nampak cerewet ke? tak..sebab umat Islam perlu betul2 jaga makanan, apa yang masuk dalam badan kita akan jadi sebahagian daripada badan kita. Islam utamakan kesucian dan kebersihan..
 
Krisnasamy dakwa tak tahu gantung ayat al-Quran satu kesalahan

144639.jpg

Ayat bertulisan jawi yang digantung telah diarahkan supaya diturunkan oleh JAIS.

SHAH ALAM - Pemilik restoran akur dengan arahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya menurunkan sebarang papan tanda atau hiasan yang mempunyai ayat al-Quran atau tulisan jawi di premis mereka.

T Krisnasamy berkata, dia bersama rakan kongsi restoran itu pada mulanya tidak mengetahui mengenai peraturan atau syarat mengenai perkara itu sehinggalah pemeriksaan pihak JAIS, kelmarin.

"Memang sebelum ini saya tak tahu menahu menjadi kesalahan menampal papan tanda berkenaan.

"Saya juga sebelum ini tetap menitikberatkan soal kebersihan termasuk menyediakan ruang solat bersih untuk pelanggan beragama Islam," katanya.

Terdahulu, pada awalnya tular di media sosial insiden pekerja restoran berkenaan ditampar oleh pelanggan selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam premis berkenaan.

Insiden tersebut menyebabkan pemilik restoran membuat laporan polis bagi tujuan menjaga keselamatan pekerjanya.

Namun, hasil laporan polis dibuatnya itu kemudiannya tular dan mendedahkan kepada netizen bahawa restoran berkenaan bukannya dimiliki seorang Muslim.

Mengulas insiden pekerjanya ditampar pelanggan, Krisnasamy berkata, dia pada mulanya tidak mahu memanjangkan perkara itu dan meminta pekerjanya memaafkan si pelaku.

"Pekerja saya ditampar kerana hanya menegur pelanggan merokok, kali pertama berlaku, jadi saya minta pekerja saya melupakannya.

"Namun apabila hampir berlaku kejadian sama buat kali kedua, saya terpaksa buat laporan polis demi menjaga keselamatan mereka," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/6119/EDISI/Selangor-KL/Pemilik-restoran-akur-arahan-JAIS
 
Siot btol..selalu aku mkn kt mamak sebelah balai polis seri muda..huhu
 
ada tak melayu islam yg tiru bulat2 konsep mamak ni?

saya tak pernah jumpa. tertanya2 juga. kenapa melayu tak nak buat ye? :-?

sebab persatuan mereka tak bagi ke?


kenapa perlu tiru mamak..
sedangkan orang melayu ada style sendiri..

gulai kawah, ikan bawal goreng, nasi campur, selera seafood.. bla bla..

the best part in malaysia..

klo nak makan boleh cari masakkan chinese muslim.. india muslim.. pattani.. western.. fast food.. tradisional malay food..

masing2 ada tarikkan tersendiri..

kt area tmpt aku nih ada kedai tomyam bkk smpi pkol 4 pagi..

seawal 7 pagi dah ada kedai nasi campur..

lewt 5 ptng nasi kandar.. lokasi berbeza2 dgn masa dan tarikkan masing..
 
Krisnasamy dakwa tak tahu gantung ayat al-Quran satu kesalahan

144639.jpg

Ayat bertulisan jawi yang digantung telah diarahkan supaya diturunkan oleh JAIS.

SHAH ALAM - Pemilik restoran akur dengan arahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya menurunkan sebarang papan tanda atau hiasan yang mempunyai ayat al-Quran atau tulisan jawi di premis mereka.

T Krisnasamy berkata, dia bersama rakan kongsi restoran itu pada mulanya tidak mengetahui mengenai peraturan atau syarat mengenai perkara itu sehinggalah pemeriksaan pihak JAIS, kelmarin.

"Memang sebelum ini saya tak tahu menahu menjadi kesalahan menampal papan tanda berkenaan.

"Saya juga sebelum ini tetap menitikberatkan soal kebersihan termasuk menyediakan ruang solat bersih untuk pelanggan beragama Islam," katanya.

Terdahulu, pada awalnya tular di media sosial insiden pekerja restoran berkenaan ditampar oleh pelanggan selepas menegur seorang lelaki yang merokok di dalam premis berkenaan.

Insiden tersebut menyebabkan pemilik restoran membuat laporan polis bagi tujuan menjaga keselamatan pekerjanya.

Namun, hasil laporan polis dibuatnya itu kemudiannya tular dan mendedahkan kepada netizen bahawa restoran berkenaan bukannya dimiliki seorang Muslim.

Mengulas insiden pekerjanya ditampar pelanggan, Krisnasamy berkata, dia pada mulanya tidak mahu memanjangkan perkara itu dan meminta pekerjanya memaafkan si pelaku.

"Pekerja saya ditampar kerana hanya menegur pelanggan merokok, kali pertama berlaku, jadi saya minta pekerja saya melupakannya.

"Namun apabila hampir berlaku kejadian sama buat kali kedua, saya terpaksa buat laporan polis demi menjaga keselamatan mereka," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/6119/EDISI/Selangor-KL/Pemilik-restoran-akur-arahan-JAIS

makan diri balik.

mana mungkin dia tak tahu, kalau letak ayat al-quran kompom nak tarik orang islam datang makan. :(scam
 
ada tak melayu islam yg tiru bulat2 konsep mamak ni?

saya tak pernah jumpa. tertanya2 juga. kenapa melayu tak nak buat ye? :-?

sebab persatuan mereka tak bagi ke?


aku pernah jumpa mamak pure tapi dah asimilasi dengan melayu..

aku rasa dia xmacam mamak biasa ada persatuan, hire foreign worker..

pekerja dia semua melayu, dan sorang dua dari keluarga sendiri iaitu mamak jugak..

selalu borak ngan dia dan sangat baik dengan dia, jadi dapat korek2 rahsia dia, mmg semua dia buat sendiri dari gerai kecik ke restoran seperti mamak biasa..

aku xrasa kalo melayu buat konsep mamak, orang akan panggil mamak, orang tetap panggil kedai makan.. sebab biasa jumpa kedai makan melayu, jual sama seperti mamak, cuma suasana, pekerja, dan mungkin servis xsama macam mamak..
 
Mungkin Jabatan agama boleh listkan dalam web depa kedai mamak muslim untuk jadi rujukan kepada kita.
 
ada tak melayu islam yg tiru bulat2 konsep mamak ni?

saya tak pernah jumpa. tertanya2 juga. kenapa melayu tak nak buat ye? :-?

sebab persatuan mereka tak bagi ke?


ada je.. kat shah alam dan bandar tasik selatan.. melayu umur pertengahan..
 
Back
Top
Log in Register