BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tertipu restoran mamak celup

aku dah lama anti kedai mamak ni....ntah betul ke tak mamak...

aku makan kt kedai2 yg dikenali dan disahkan halal jer...kayu, pelita..tu pun kadang2, setakat roti canai camtu jer...
 
aku dah lama anti kedai mamak ni....ntah betul ke tak mamak...

aku makan kt kedai2 yg dikenali dan disahkan halal jer...kayu, pelita..tu pun kadang2, setakat roti canai camtu jer...

Original kayu bukit jambul?
 
kat temerloh ni ade satu kedai...
owner dia mmg india..
bulan puasa pon bukak...so xpelik la..
yg peliknya...ramai betol melayu minum/makan kat situ...

Hati hati bila pi beli makan kedai mamak

Saya sekarang pi kedai nasi melayu jer

Support kedai melayu jer:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Restoran mamak celup pakai tangkal diserbu JAIS
Diarah turunkan ayat al-Quran


image.jpg

Restoran itu merupakan pemilikan secara perkongsian antara dua individu dengan seorang daripadanya beragama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam.

SHAH ALAM - Sebuah restoran di Seksyen 25 di sini yang tular susulan pekerjanya ditampar oleh pelanggannya kerana menegur merokok didapati menggunakan tangkal sebagai azimat yang digantung di sebelah ayat al-Quran di dalam restoran tersebut.

Perkara itu terdedah hasil serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pukul 11 pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, serbuan itu adalah hasil aduan orang ramai terhadap restoran tersebut kerana mengelirukan masyarakat beragama Islam dengan menggantung ayat-ayat al-Quran dan tulisan jawi pada papan tanda perniagaan mereka.

Katanya, hasil semakan mendapati restoran itu merupakan pemilikan secara perkongsian antara dua individu dengan seorang daripadanya beragama Islam dan seorang lagi bukan beragama Islam.

"Apa yang meragukan sepanjang pemeriksaan adalah premis itu telah menggantung bungkusan kain kuning yang dipercayai sebagai tangkal dan azimat di sebelah ayat al-Quran.

"Bekalan bahan mentah seperti daging kambing juga diperolehi daripada pembekal yang tidak memiliki sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah selain menjual makanan daripada pembekal luar yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf pada pembungkusan produknya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, pemeriksaan lanjut mendapati restoran tersebut bukan pemegang SPHM yang sah.

Ujarnya, restoran tersebut juga didapati tidak berada di tahap kebersihan yang memuaskan susulan bahan mentah diletakkan di atas lantai yang teruk iaitu pecah dan berlubang.

"Premis juga tidak menggunakan perangkap minyak seperti mana yang telah disyaratkan oleh pihak berkuasa tempatan kepada restoran-restoran makanan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tindakan telah diambil menerusi Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Sementara itu, pemilik restoran, T.Krisnasamy, 61, ketika dihubungi Kosmo! akur dengan arahan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap perlanggaran penggunaan ayat-ayat al-Quran di dalam restorannya dan bahan mentah yang disahkan oleh halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Katanya, ini merupakan kali pertama restoran tersebut diserbu JAIS selepas sepuluh tahun mengusahakannya.

"Saya telah menurunkan semua ayat-ayat berkaitan Al-Quran dan memastikan tahap kebersihan sentiasa dijaga.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan akan menjual perniagaan restoran tersebut kepada orang lain," katanya.


http://www.kosmo.com.my/negara/restoran-pakai-tangkal-diserbu-jais-1.817641
 
No pork no lard shud be halal kan?

Halal bukan hanya sekadar bahan mentah,tapi melibatkan keseluruhan proses,ayam pun kalau x diproses dengan betul boleh jadi haram dimakan..x susah pun proses halal tu,lagipun lebih bersih dan bagus untuk kesihatan..
 
Last edited:
aku pernah makan kedai ni dulu

jimbet betul

aku berharap owner lama islam

pastu owner baru ni baru amik alih

so masa aku mkn tu masih mamak+islam
 
Peringatan untuk umat Islam khususnya di Selangor.

Tarikh pemeriksaan: 6/1/ 2019

Tempat : Restoran Ameer Corner, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor.

Anggota pemeriksaan:
1)3 orang pegawai Bahagian Pengurusan Halal, JAIS
2)6 Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor

Pp Ziyad
Pp Liyana
Ppp Shahrul Izuan
Pmp Tk Norazman
Pmp Amer
Pmp Firdaus
Pemandu - En Rahman

3)4 org Pegawai Penguatkuasa Agama JAIS

Ringkasan keterangan siasatan:

Pemeriksaan bersepadu telah dijalankan di Restoran Ameer Corner di Shah Alam pada jam 11.00 pagi berdasarkan atas maklumat yg tular di laman sosial (whatsapp) dan facebook ke atas premis yg pemiliknya bukan islam tetapi mengelirukan masyarakat islam dengan menggantung ayat-ayat al- quran.

Hasil pemeriksaan mendapati:
1)merujuk kpd SSM premis mendapati premis dimiliki oleh 2 pemilik iaitu seorang beragama Islam dan seorang beragama Hindu.
2)kesemua pekerja beragama Hindu termasuk tukang masak dan hanya 2 pekerja Islam.
3)kebersihan premis di tahap sangat tidak memuaskan dan terlalu kotor di bahagian pemprosesan.
4)bahan mentah, pingan mangkuk, bekas minuman, peralatan memasak diletakkan terus di atas lantai.
5)lantai berlubang dan pecah. Juga terdapat lubang terus ke longkang di bahagian dapur.
6) lantai terlalu berminyak dan tidak mempunyai gris trap.
7)kebanyakan peralatan di dapur terlalu kotor dan berdaki.
�� produk daging kambing didapati drpd pembekal yg tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel
9)papan tanda premis menggunalan tulisan jawi (mengelirukan)
10)menjual rokok di kaunter
11)menggantung ayat Quran di belakang kaunter dan di sebelah ayat Quran terdapat bungkusan kuning yg tergantung dipercayai (pooja) iaitu alatan utk upacara sembahan
12) menggunakan produk yg menggunakan logo halal yang tidak sah di kawasan proses
13)menjual produk makanan yg menggunakan logo halal generic

Semasa pemeriksaan telah mendapatkan keterangan daripada seorang pengurus premis. Kedua2 pemilik tiada di premis.

Tindakan penguatkuasaan
1)wakil premis diarahkn utk menutup tulisan jawi pada papan tanda premis
2)wakil premis diarahkan serta merta utk tidak menjual produk makanan yg menggunakan logo halal generic
3)premis diarahkan utk menurunkan dan tidak menggunakan ayat quran di premis sehingga memiliki sijil halal
4)premis diarahkan utk mendapatkan pembekal daging yg mempunyai sijil halal
5)perkara 1 hingga 4 perlu dipatuhi dlm tempoh 7 hari dan jika gagal tindakan di bawah Perintah Perihal Dagangan(Takrif Halal) APD 2011 akan diambil
6)pemilik premis diarahkan hadir ke Bahagian Pengurusan Halal JAIS pd 7/1/19 utk memberi keterangan.
7)tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS di bawah Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menyebabkan agama Islam dipandang hina utk tindakan pendakwaan.

Sumber laporan- JAIS
 
Restoran dimiliki bukan Islam diarah turun ayat al-Quran

SHAH ALAM: Sebuah restoran di Sri Muda, Seksyen 25 di sini, diarah menurunkan ayat al-Quran yang digantung serta-merta berikutan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah sehingga boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam.


Malah, satu bungkusan kuning turut ditemui tergantung di sebelah ayat al-Quran, yang dipercayai azimat, dalam satu pemeriksaan yang dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam.

Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, pemeriksaan bersepadu jam 11 pagi itu dijalankan berdasarkan maklumat yang viral di media sosial mendakwa restoran berkenaan mengelirukan kerana menggantung ayat suci al-Quran walaupun tidak menganuti agama berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan yang merujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di premis itu turut mendapati ia dimiliki dua pemilik yang beragama Islam dan Hindu.

“Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja beragama Hindu termasuk tukang masak dan hanya dua orang pekerja beragama Islam.

“Pemeriksaan kebersihan premis itu juga didapati pada tahap sangat tidak memuaskan dan terlalu kotor di bahagian pemprosesan. Kebanyakan peralatan di dapur terlalu kotor dan berdaki manakala makanan bahan mentah diletakkan di lantai.

“Produk daging kambing yang didapati di premis berkenaan juga didapati diperoleh daripada pembekal yang tidak mempunyai sijil halal SPHM yang sah.

“Selain itu, premis berkenaan menjual makanan yang diperoleh daripada pembekal luar menggunakan logo halal ‘generic’ (tidak diiktiraf) pada pembungkusan produk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Restoran berkenaan sebelum ini mendapat liputan media selepas satu salinan laporan polis dibuat pemiliknya tersebar, membabitkan aduan pekerjanya ditampar selepas menegur tiga pelanggan yang merokok dalam premis itu pada hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di restoran dan premis makanan di negara ini.

Orang ramai terutama masyarakat beragama Islam, mempersoalkan status halal di restoran berkenaan selepas mendapati pemilik premis makanan itu bukan beragama Islam seperti yang dinyatakan dalam salinan laporan itu.

Malah, orang ramai turut mempersoalkan tulisan jawi pada papan tanda restoran berkenaan serta beberapa ayat al-Quran yang tergantung di premis itu.

Kata Salwana, JAIS sudah mengarahkan wakil premis untuk menurunkan ayat al-Quran di dalam restoran serta menutup tulisan jawi pada papan tanda premis sehingga memiliki sijil halal.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan diambil oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menyebabkan agama Islam dipandang hina untuk tindakan pendakwaan.

“Kita juga sudah mengarahkan wakil premis itu untuk mendapatkan pembekal daging yang mempunyai sijil halal serta tidak menjual produk makanan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf.

“Selain itu, pemilik premis diarah hadir ke Bahagian Pengurusan Halal JAIS untuk memberi keterangan.

“Semua perkara ini perlu dipatuhi dan jika gagal, tindakan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) APD 2011 akan diambil,” katanya.

Sementara itu, Salwana menasihatkan masyarakat Islam memilih dan mengutamakan premis yang memiliki SPHM sah.

“Pengguna perlu bijak dengan sentiasa menyemak status premis yang memiliki SPHM melalui laman sesawang rasmi JAIS iaitu www.jais.gov.my.

“Jika terdapat mana-mana premis yang diragui atau didapati melakukan kesalahan penyalahgunaan ungkapan dan penandaan halal, masyarakat disaran melaporkannya kepada pihak JAIS di talian 03-5514 3760 atau 03-55143486,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/k...miliki-bukan-islam-diarah-turun-ayat-al-quran
 
Back
Top
Log in Register