BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terserempak ular sawa batik dalam tandas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota Jpam Padang Terap menunjukkan ular sawa batik yang ditangkap di Kampung Pong Selatan, Naka.
< 1 / 1 >
NAKA - Anggota Jabatan Pertahanan Awan (Jpam) Padang Terap berjaya menangkap sekor ular sawa batik selepas cuba memasuki tandas penduduk di Kampung Pong Selatan, di sini, semalam.

Menurut anggota Jpam, Abdul Satar Abdullah, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.20 petang memaklumkan bahawa seorang suri rumah, Azura Saad, ternampak seekor ular sawa memasuki tandas di luar rumahnya.

Katanya, suri rumah itu terkejut apabila melihat ular berkenaan menyusur ke belakang kolam dalam tandasnya itu.

"Oleh kerana bimbang keselamatannya, suri rumah ini meminta suaminya, Mohd Ariff Abu Hassan untuk menghubungi Jpam," katanya.

Abdul Satar berkata, apabila pihak Jpam tiba, ular itu masih berada di belakang kolam berkenaan.

"Kami menangkap dengan menggunakan penjerut. Pada mulanya ular itu cuba melawan beberapa kali tetapi selepas sukar melepaskan diri pihak Jpam berjaya menjerut kepala ular," katanya.

Abdul Satar berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa 20 minit menangkap ular itu dan menggunakan kekuatan enam anggota bagi menarik keluar ular berkenaan dari kolam terbabit.

“Mungkin ular sepanjang 2.5 meter ini cuba mengejar tikus di lubang yang terdapat di sekitar bilik air itu lalu memasuki tandas penduduk apatah lagi sekarang musim hujan reptilia itu terpaksa keluar mencari mangsa,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/terserempak-ular-sawa-batik-dalam-tandas-1.210411
 
fuhh....besorrnyaaa....skali kene ngap.....
 
nasib baek la si azura tu nampak.kalo tak...
 
aku selalu terfikir
kalau tengah sedap membuang
tetiba ular kuar dari mangkuk tandas
apa nasib dgn alat pemberakan aku yg comel ni
 
aku masuk tandas cek dulu dlm mangkuk tu ada apa2 x..line clear baru melabur..haha
 
Back
Top
Log in Register