BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpikat janda beranak empat

notrexdame

Passed Away
gemgem
Messages
76,166
Paid Membership
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,166
Reaction score
63
Points
525

SAYA ingin meluahkan dilema atau masalah yang saya hadapi, iaitu saya jatuh cinta dengan janda beranak empat. Mungkin ada yang menganggap saya hilang akal atau terkena buatan orang, tapi cinta saya sebenarnya ikhlas.

Anak pertama wanita itu berumur 20 tahun, hanya setahun lebih muda daripada saya, namun itu semua tidak menjadi halangan buat saya.

Saya bekerja sebagai kerani dan wanita itu juga satu tempat kerja dengan saya. Saban hari saya berdepan dengannya. Apabila dia melemparkan senyuman, jantung saya seakan-akan meletup.

Bila mendengar suaranya, segala kemahuannya ingin saya ikut. Dia sangat teguh pendirian, sedikit garang tetapi jenis yang boleh dibawa berbincang. Sikap itu membuatkan saya tertarik padanya.

Walaupun hati saya sering terdetik supaya meluahkan perasaan kepadanya, saya tidak mampu berbuat demikian.

Saya juga percaya tentu hasrat saya akan ditolaknya mentah-mentah kerana dia sering menyebut lelaki yang ingin memperisterikannya mesti sebaya dengannya.

Saya pernah menyatakan perasaan cinta saya kepadanya secara bergurau dan seperti dijangka dia terang-terangan berkata tidak akan melayan cinta remaja seperti saya.

Ini menyebabkan saya semakin tidak berani meluahkan cinta saya, tapi pada masa sama hati saya sentiasa memberontak kerana tidak mampu menahan perasaan cinta yang meluap-luap.

Jika sehari tidak berjumpa dengannya dan tidak dapat menatap wajahnya, hati ini tidak tenteram dan segala kerja tidak menjadi. Sehingga saya menyimpan gambarnya secara senyap, bukan untuk tujuan jahat tetapi sekadar ingin melepas rindu.

Bantulah saya Dang Setia, haruskah saya meluahkan cinta saya kepadanya biarpun dia terang-terangan menyatakan hatinya tidak akan tertarik pada remaja seperti saya?

Atau lebih baik saya hanya berdiam diri dan belajar melupakan saja perasaan saya kepadanya?

REMAJA KELIRU

Dang Setia bersetuju dengan kata saudara bahawa masyarakat mungkin menganggap saudara hilang akal atau terkena buatan orang apabila jatuh hati dengan wanita yang usianya jauh lebih tua.

Ini kerana memang secara umum, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kita, percintaan lelaki dengan wanita yang lebih tua dianggap aneh.

Hakikatnya cinta tidak mengenal usia, malah penangan cinta tidak mengenal segala-galanya. Banyak perkara yang dianggap tidak mungkin berlaku, menjadi kenyataan dek kerana cinta.

Malah yang menyedihkan, yang haram juga diketepikan dan dosa pahala juga tidak diambil kira. Semuanya gara-gara cinta.

Justeru, mengambil kira semua perkara ini Dang Setia tidak menganggap pelik apabila saudara jatuh cinta dengan janda beranak empat yang anaknya hampir sebaya dengan anda.

Bagaimanapun, ambil pengajaran daripada hebatnya penangan cinta yang Dang Setia nyatakan di atas dengan bertanya diri sendiri, apakah saudara akan membiarkan cinta mengawal hidup dan pemikiran saudara?

Bukankah dalam apa jua tindakan yang ingin kita ambil dalam hidup ini, ia perlu difikirkan semasak-masaknya dengan akal fikiran yang waras dan menjadikan syariat Islam sebagai petunjuk atau garis panduan.

Dalam Islam, memang tiada salahnya lelaki bercinta dengan wanita lebih tua, malah isteri Rasulullah SAW juga lebih tua daripada baginda.

Namun, bukan semudah itu untuk kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ini jika diri kita tidak berkemampuan, tidak cukup ilmu atau secara mudahnya, tidak layak.

Maksud Dang Setia, saudara perlu sedar, dalam perkahwinan suami bertanggungjawab sebagai pemimpin dan pembimbing kepada isteri serta anaknya. Rasa-rasanya senang atau susah untuk kita memimpin dan membimbing orang yang lebih tua serta matang daripada kita?

Itu baru soal kepemimpinan, belum lagi soal penerimaan keluarga saudara serta wanita itu, terutama anaknya, tekanan akibat persepsi masyarakat dan tidak ketinggalan penting, hubungan seksual antara suami isteri.

Ringkas kata, jika ingin berkahwin dengan wanita itu, cabaran dan tekanan yang bakal saudara hadapi dijangka hebat. Oleh itu saudara perlu ada kekuatan untuk menghadapi serta menangani semua cabaran itu.

Kita ambil contoh perkahwinan antara Mek Wook Kundor, 106, dengan suaminya, Mat Noor Che Musa, 37, di Terengganu yang diuar-uarkan di media tidak lama dulu.

Mengikuti kisah mereka, dapat kita lihat cabaran yang dihadapi Mat Noor, bukan saja untuk menyerap tekanan dan bantahan orang di sekeliling, tapi cabaran paling getir ialah memujuk Mek Wook supaya setuju berkahwin dengannya.

Oleh itu, muhasabahlah diri saudara. Jika saudara ada kekuatan dan ketahanan seperti Mat Noor, teruskan niat melamar janda itu.

Bagaimanapun, jika keberanian untuk meluahkan perasaan cinta pun tidak saudara miliki kerana bimbang ditolak mentah-mentah, Dang Setia berpendapat saudara belum cukup layak untuk bercinta, apatah lagi berkahwin dengan wanita lebih tua.

Justeru, persiapkan diri saudara dengan ilmu dan kekuatan yang diperlukan terlebih dulu. Antara pendekatan yang Dang Setia rasa berkesan ialah dapatkan nasihat dan pandangan daripada lelaki yang ada pengalaman berkahwin dengan wanita lebih berusia.

Pasti nasihat dan pengalaman mereka berguna untuk saudara dalam membuat keputusan sama ada mahu memberanikan diri meluahkan rasa cinta pada wanita itu atau cari wanita lain yang lebih mudah menghargai cinta saudara.

janda tu..best best
:p:p
 
kalo dia jd kawen pun, belum tentu mak bapak laki tu terima. mau perang besar.

mana ada mak nak anak teruna dia kawen janda yg tua. nak2 tu ada anak umur 20 tahun? giler ke apa.

kompom famili laki tu nnt akan bawa laki tu berubat. terkena buatan org. :eek:
 
pengalaman banyak beb :eek:
 
Tp Nabi Muhammad saw kawin ngan Siti Khadijah pun ada beza umur gak kan?
Mungkin dah jodoh dia kot
 
ni namanya cinta itu buta
 
Macam dah ada ajer maslah nie...bukan alonso dah buka ke...atau hang dan alonso dok berkenan janda yang sama :eek::eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register