BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Trend tidak berkahwin dan tidak beranak

zackpenang

Banned
gem
Messages
7,236
Joined
Jan 9, 2010
Messages
7,236
Reaction score
1,891
Points
151

Trend tidak berkahwin dan tidak beranak​

Oleh
Akhbar Cina
- June 2025

MGF02032019_HUMAN-INTEREST_03-681x454
Foto hiasan, Arkib MG

PETALING JAYA – Tidak mahu berkahwin, dan yang berkahwin tidak mahu mempunyai anak. Begitulah keadaan yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini.
Pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Goh Soo Khoon berkata, daripada satu kajian yang dilakukannya, hanya 22.5 peratus orang Cina yang diselidik menyatakan hasrat mahu berkahwin.
ADVERTISEMENT


Beliau memberitahu Sinchew Daily, daripada 22.5 peratus yang mahu berkahwin, sebanyak 28.47 peratus pula menyatakan tidak mahu memiliki anak.
Hasil itu adalah dapatan daripada kajian yang melibatkan 920 orang di negeri Pulau Pinang yang berumur antara 20 hingga 45 tahun, dengan berstatus bujang atau bercerai.

Responden kajian termasuk 420 bumiputera, 400 Cina dan 100 India.
ADVERTISEMENT

Soo Khoon berkata, daripada tiga kaum yang ada, bumiputera mempunyai hasrat berkahwin yang paling tinggi iaitu 62.62 peratus, dengan hanya 6.67 peratus menyatakan tidak mempunyai rancangan berkahwin.
ADVERTISEMENT

Katanya, keadaan itu bertentangan dengan orang Cina, iaitu hanya 22.5 peratus yang menyatakan mahu berkahwin, 46 peratus tidak pasti dan 31.5 peratus menyatakan tidak berniat berkahwin.
“Untuk orang India pula, 46 peratus menyatakan mahu berkahwin, 20 peratus tidak dan 34 peratus tidak pasti,” katanya.
Mengenai niat mempunyai anak dalam kalangan yang berhasrat berkahwin, bumiputera sekali lagi mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 95.92 peratus.
“Orang India pula adalah 90 peratus dan 71.53 peratus untuk orang Cina,” katanya.
ADVERTISEMENT

Menurutnya lagi, bumiputera juga cenderung untuk mempunyai keluarga besar dengan 50.27 peratus bumiputera mahukan lebih daripada dua anak.
“65.31 peratus responden Cina cenderung mahukan dua anak dan 13.78 peratus mahukan lebih daripada dua anak.
“52.78 peratus responden India mahukan dua anak dan 20.83 peratus mahu lebih daripada dua anak,” katanya.
Beliau berkata, 28.47 peratus orang Cina tidak merancang untuk memiliki anak, berbanding 4.08 peratus untuk bumiputera dan 10 peratus untuk India. – MalaysiaGazette
 
Jodoh tak mai lagi la tue

Kadang orang gatai nak kahwin jodoh tak mai lagi

Kahwin ngan bantal busuk dan teddy bear sementara waktu
 
Tgk Statistik drpd Dosm..

PUTRAJAYA, 21 NOVEMBER 2024 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah
mengeluarkan penerbitan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian, Malaysia,
2024 yang membentangkan statistik perkahwinan dan perceraian bagi tahun 2022
dan 2023 mengikut ciri-ciri demografi di peringkat nasional, negeri dan daerah
pentadbiran.

Statistik ini merupakan input penting kepada perancangan dasar sosial
bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan di Malaysia dan sebagai sumber rujukan
kepada penyelidik dan akademik.
Dalam satu kenyataan hari ini, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua
Perangkawan Malaysia berkata, "Bilangan perkahwinan yang direkodkan pada 2023
adalah 188,100, menurun 12.5 peratus daripada 215,022 pada 2022.


---

Kalau Gov open apa2 bantuan kewangan.. Aku rasa ramai je nk kawin..

Daftar perkahwinan dpt cash rm2k..
Daftar perkahwinan utk calon nombor dua dpt rm10k..

Ramai je beratur..:ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register