BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Nasib dua beranak berkostum Spiderman siapa tahu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201

324399-324399.jpg


Masing-masing ada ujian sendiri’


PETALING JAYA – Dua beranak yang memakai kostum Spiderman untuk mencari rezeki di stesen minyak berdekatan Sungai Udang, Melaka menarik perhatian pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @ataaayisy memaparkan rakaman si bapa termenung panjang melihat tingkah laku anak kecil bermain keseorangan.

“Masing-masing ada ujian sendiri,” kata pemilik akaun itu pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berasa tersentuh hati dengan video itu dan memberi maklumat mengenai lokasi keberadaan dua beranak tersebut.

Sedih tengok anak beranak itu, memang setiap hari ada di situ,” komen @mr_i0808

“Semua lelaki cuba beri kehidupan yang terbaik untuk keluarga,” kata @lakibini164

“Semoga abang ini sentiasa dilimpahkan rezeki yang takkan putus,” ujar Zain.

“Benda ini setengah orang akan rasa lawak sebab mereka pakai baju Spiderman, tapi kalau fikir balik susahnya mereka nak cari rezeki,” komen @nadssnn.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register