BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai 'Spiderman' cedera jatuh 20 meter di Bukit Dinding

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,541
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,541
Reaction score
4,820
Points
266


'Spiderman' cedera jatuh 20 meter di Bukit Dinding​

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor - Januari 31, 2026 @ 8:23am


Anggota penyelamat Pertahanan Awam memberi bantuan kepada seorang lelaki berpakaian sut ‘Spiderman’ yang dipercayai terjatuh dari ketinggian 20 meter dengan kecuraman 75 darjah di Bukit Dinding. - Foto Facebook Pertahanan Awam


Anggota penyelamat Pertahanan Awam memberi bantuan kepada seorang lelaki berpakaian sut ‘Spiderman’ yang dipercayai terjatuh dari ketinggian 20 meter dengan kecuraman 75 darjah di Bukit Dinding. - Foto Facebook Pertahanan Awam

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berpakaian sut 'spiderman' cedera di kaki selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter di Bukit Dinding, di sini, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Mejar Mohamad Aminullah Zulkafly, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5 petang.

"Dua pasukan penyelamat termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) dikejarkan ke lokasi.

"Sampai di lokasi pasukan penyelamat mendaki bukit sejauh kira-kira satu kilometer mengikut trek dan 70 meter di luar trek," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Aminullah berkata, mangsa ditemui dan dipercayai jatuh dari ketinggian 20 meter dengan kecuraman 75 darjah.

"Mangsa dibawa turun sebelum diserahkan kepada pasukan EMS untuk rawatan susulan dan menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur," katanya.


 
Back
Top
Log in Register