BTC USD 63,741.7 Gold USD 4,341.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terpaksa mengemis untuk hidup

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Remaja berkenaan bercerita mengenai kesusahan yang dialami dia sekeluarga sehingga memaksanya mengemis.
< 1 / 1 >
GELANG PATAH – Seorang remaja Orang Asli mengaku terpaksa mengemis kerana ingin membantu ibunya apabila berdepan dengan masalah kewangan selepas bapanya meninggal dunia akibat masalah kesihatan.

Remaja berusia 14 tahun yang tidak pernah bersekolah mengaku mampu memperoleh purata kira-kira RM60 sehari hasil ehsan orang ramai dan kemudiannya diberikan kepada ibunya untuk membeli keperluan harian.

Sinar Harian turut berkesempatan menemubual remaja terbabit yang sering kelihatan berlegar-legar sekitar pekan Gelang Patah dan Nusa Perintis malah akan mencuba nasib meminta wang daripada orang ramai.

Remaja itu tidak keseorangan malah turut ditemani dua beradiknya yang turut sama meminta sedekah. Mereka tidak bercakap malah akan membuat ‘isyarat’ meminta wang untuk membeli makanan di kawasan tumpuan orang ramai termasuk medan selera dan restoran makanan segera.

Tiga beradik itu sanggup berjalan kaki kira-kira 10 kilometer daripada rumah mereka ke pekan untuk mencari wang manakala ibunya akan turun ke laut menangkap ketam.

“Hasil tangkapan emak juga tidak banyak jadi kadangkala untuk beli barang dapur juga tidak cukup jadi duit yang kami dapat akan diberikan kepada emak.

“Kami akan berjalan kaki daripada rumah untuk ke sini seawal jam 7 pagi dan akan pulang semula pada sebelah petang,”katanya.

Dia juga mendakwa menumpang kediaman atuk dan neneknya dengan bilangan yang agak ramai dalam rumah yang sama justeru perbelanjaan harian perlu di tanggung bersama.

Bagaimanapun berdasarkan respons, ramai yang bersimpati dengan keadaan remaja terbabit namun tidak kurang juga ada yang khuatir tiga beradik berkenaan akan menyalah guna wang hasil pemberian orang ramai.

Disebabkan risau remaja terbabit akan menyalah guna wang diperolehi ada yang lebih suka memberikan terbabit makanan.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Johor Bahru, pihaknya akan menjalankan siasatan ke rumah remaja terbabit bagi memastikan bantuan diperlukan keluarga itu sama ada aspek kewangan khidmat nasihat memandangkan ibu mereka adalah ibu tunggal.

Beliau memaklumkan kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Dan sekiranya memerlukan mereka akan diberikan pemeliharaan dan Perlindungan boleh dibantu dibawah Akta Kanak-Kanak 2001.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/terpaksa-mengemis-untuk-hidup-1.368344
 
Pegawai Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Johor Bahru, pihaknya akan menjalankan siasatan ke rumah remaja terbabit bagi memastikan bantuan diperlukan keluarga itu sama ada aspek kewangan khidmat nasihat memandangkan ibu mereka adalah ibu tunggal.

Beliau memaklumkan kes ini juga akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Syabas! Sekali lagi wartawan yang berkhidmat seperti wakil rakyat. Baru pihak yang berkenaan akan buat kerja.
 
kesiannyer..
harap mereka dpt bntuan yg sepatutnya..

** x bleh byg budak2 ni jalan smpai 10km sehari..
 
Back
Top
Log in Register