BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Dua Warga Asing Tanpa Dokumen Sah Mengemis Di KLIA

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
2dbaf4036f91c5567c23448c489fd2fa69f4bfaba9aa1

ACP M. Ravi. fb Polis IPD KLIA

Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai menjalankan aktiviti mengemis di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 45 tahun itu dipercayai individu yang dipaparkan dalam video tular di media sosial berkaitan aktiviti mengemis di kawasan terminal berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek yang masing-masing warganegara Tajikistan dan Palestin itu tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

“Modus operandi suspek adalah dengan menghampiri pengunjung di lapangan terbang untuk meminta wang dengan meraih simpati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

 
Back
Top
Log in Register