BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Teroka Sumber Alternatif Tangani Bekalan, Kenaikan Harga Ubat Dan Peranti -- Akmal Nasrullah

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,711
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,711
Reaction score
97
Points
80
a3b396cccbd811d69ed833e2c91889da69d9e7d282a48

Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (tengah) menyampaikan cek cura berjumlah RM150,000 kepada Pengetua SMK Taman Pelangi, Shaihah Seth (empat, kiri) pada Majlis Kecemerlangan Akademik dan Perasmian Naik Taraf Padang Sekolah di SMK Taman Pelangi hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan akan mengambil langkah intervensi untuk menangani isu bekalan dan kenaikan harga ubat-ubatan serta peranti perubatan, termasuk meneroka sumber alternatif bahan lain susulan krisis tenaga global.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata perkara utama adalah memastikan bekalan terjamin, sekali gus mengelak sebarang implikasi berlanjutan.

Ini penting memandangkan kebanyakan barangan termasuk ubat dan peranti perubatan menggunakan tenaga bahan api sebagai elemen atau input utama yang memberi kesan kepada kenaikan kos penghasilannya.

Sehubungan itu, beliau berkata bagi peranti perubatan misalnya, wajar diperoleh daripada industri yang tidak menggunakan resin sebagai bahan pembuatan.

"Contohnya, pembuatan peranti perubatan sebelum ini yang hanya bergantung kepada resin, mungkin kita boleh meneroka (penggunaan) polimer sebagai bahan asas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kecemerlangan Akademik dan Perasmian Naik Taraf Padang Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan menangani isu bekalan dan kenaikan harga ubat-ubatan serta peranti perubatan susulan krisis tenaga global ketika ini.

Mengulas selanjutnya, Akmal Nasrullah bagaimanapun menegaskan peranti perubatan menggunakan bahan seperti polimer perlu mendapat pengiktirafan atau pensijilan sebelum boleh digunakan untuk sektor kesihatan negara ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan menjangkakan Jun dan Julai ini sebagai waktu kritikal untuk melihat dari segi memastikan bekalan bahan api selain barangan lain turut terjamin.

 
Back
Top
Log in Register