BTC USD 81,929.8 Gold USD 4,080.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternak Ketam Nipah

minat juga dengan projek ketam nipah ni....abang ipar ada pergi kursus dah..cuma tak ada modal nak mula lagi...agaknya keluasan tempat itu untuk 2 set berapa agaknya dan modalnya agak berapa...rm13k cukup ke...ceria28 boleh jawab tak..

Modal sebanyak itu cukup utk 2 set dan kawssan yg diperlukan adalah 15kaki X 10 kaki.Kawasan pelu rata dan boleh menampung berat set sistem ini.
 
Last edited:
Ternak ketam ni, banyak kerenah tak dari segi penjagaan / penyakit?

Kawalan mutu air adalah faktor yg paling utama dlm ternakan ketam nipah secara tertutup ini. Selain drpd itu, ketam nipah ini alah kepada nyamuk. Dua faktor inilah yg perlu dikawal dalam ternakan ketam nipah secara tertutup ini.
 
Dari segi air, ok ke hanya guna air paip?
kalau alah pada nyamuk, kena pasang kelambu ni. Atau kena sembur ricset selalu.hehehe.
 
Dari segi air, ok ke hanya guna air paip?
kalau alah pada nyamuk, kena pasang kelambu ni. Atau kena sembur ricset selalu.hehehe.

Ketam Nipah ini sesuai hidup didalam air payau. Sebelum menternak, air dalam kotak fiber ini akan diproses terlebih dahulu mengikut tahap oxigen, hidrogen,bakteria, ph dan amonia yang sesuai untuk ketam nipah. Jika air di tangki kurang kena tambah air guna air paip saja kerana air paip dah ditapis dan berklorin dan tidak ada bermacam2 jenis bakteria. Jika nak guna kelambu pun boleh tapi tak praktikal. Cuma kena kawal supaya kawasan di sekeliling kawasan ternak tidak ada nyamuk yang membiak. Air dalam tangki ternakan akan sentiasa mengalir gunakan motor.

:)) :)) :)) :))
 
Last edited:
Sepertimana yang diterangkan dithread yg lepas, dalam masa 1-2 bulan lagi akan ada penternak yg akan bermula. Buat masa ini sykt. ada tempat menternak di Kuala Kurau, Perak tapi itu sekaramg dijadikan tempat latihan utk k/tangan sykt sahaja.

Saya sendiri akan memulakannya pada bulan Nov/Dec08 ini.

Benih ketam yg dirawat dibekalkan oleh pihak sykt dgn harga RM7.00/kg. Syarat utama kena hadir kursus ketam nipah yg dianjurkan oleh pihak sykt.

syarikat ada buat JV dengan PPK Kuala Kurau ke?

Syarikat ada tak cadangan untuk beli Ketam ni dari penternak persendirian kalau beli balik dari yg pegi kursus & guna sistem RM 28 kg kalu dari penternak biasa RM 20 kg buleh ke?

Ataupon beli yg 200 gm sekoq masuk dlm sistem sebulan jadi 3 ekoq sekilo buleh jugak.
 
Sykt ada membuat JV dgn bbrpa pihak lain. Minta maaf kerana buat masa in syrikat belum ada perancangan utk membeli dari penternak persendirian. Sykt perlu beri keutamaan kpd peserta yg sudah menghadiri kursus melalui pakej yg disediakan.
 
oooooooooooooo macamtu, saya ingat syarikat dah berniaga ketam.
 
oooooooooooooo macamtu, saya ingat syarikat dah berniaga ketam.

Sykt memang dah berniaga ketam nipah ini cuma dulu menggunakan teknik dan cara yang berlainan. Oleh kerana permintaan dari luar negara yang semakin meningkat serta melalui kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh sykt maka teknik baru yang lebih produktif digunakan untuk ternak ketam nipah. Malahan kualiti dan kebersihan ketam nipah juga dapat diperbaiki terutama untuk pasaran ekspot.
 
gmbr ketam yg aku bg tgk tu adlh ketam liar...huhuhu...berat dlm 400-600gram
aku nk try ternak...brp lama ketam ni nk mbesar eh...
 
Back
Top
Log in Register