BTC USD 81,929.8 Gold USD 4,080.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternak Ketam Nipah

berminat jugak..
berapa harga benih ketam seekor?
kalau tak pergi kursus dan hanya beli benih sahaja boleh?
 
bagi detail skit

Pihak sykt. akan bekalkan semua itu melalui kontrak/perjanjian (bukan free tau, kena bayar dgn harga berpatutan). Malah pihak sykt memberi jaminan utk beli semula hasil ketam dari penternak. 1 set sistem (boleh isi 120 ekor ketam) = RM6K. Syarat utama kena hadir kursus. Jika nak tau lebih lanjut boleh hubungi En Rahim, 019 6688137

kiranya kta ternak sendiri. kena buat deal dgn syrkt u lah cm tu.

caj supply benih cm mana? pakai kilo jugak? o ekor? sangkar mana nk beli?

boleh tak bagi info penternakan secara bertulis, andai tdk ikut cos ur com. maksud usaha sendiri tp deal bg perkara berkaitan saja dgn pihak tuan. boleh ke cam tu?
 
berminat jugak..
berapa harga benih ketam seekor?
kalau tak pergi kursus dan hanya beli benih sahaja boleh?

Benih ketam adalah sekitar RM7/kg. Mesti pergi kursus
 
kiranya kta ternak sendiri. kena buat deal dgn syrkt u lah cm tu.

caj supply benih cm mana? pakai kilo jugak? o ekor? sangkar mana nk beli?

boleh tak bagi info penternakan secara bertulis, andai tdk ikut cos ur com. maksud usaha sendiri tp deal bg perkara berkaitan saja dgn pihak tuan. boleh ke cam tu?


Sila baca info di M/S surat 1 dan juga thread yg lepas2 kerana jawapan ada disitu. Jika nak info teknikal kena hadir kursus laa.
Sila juga hubungi melalui no. yg telah diberikan.
 
apa mknn ketam ni eh...mntau aku nk ternak gak...

stakat ni aku jual kt cni jer...pihak yg aku jual tu hntr naik flight ke smjg..

100_3078.jpg


100_3080.jpg

Tuan Semangkit ternak ke ketam tu atau cari secara liar? Dalam gambar tu mmg besar. berapa berat 1 ekor ketam tu?

:D :D :D :D
 
Jom kita ternak ketam nipah dalam sangkar tertutup.

Ternak Ketam Nipah ini dibuat secara contract dan intergerated farming, pihak syarikat sediakan sistem, benih, makanan, khidmat nasihat, pengawasan dan pemantauan, peserta/penternak hanya bayar, sediakan kawasan untuk letak sistem dan jaga ternakan tersebut sahaja. Melalui perjanjian/contract, pihak syarikat akan beli balik hasil ternakan tersebut dari penternak.

Syarat utama mesti hadir kursus ternakan ketam nipah secara tertutup selama 1 hari dengan bayaran RM250-00 sahaja seorang. Buat masa ini kursus hanya diadakan di Kuala Lumpur dan Melaka sahaja. Sijil hadir kursus akan dikeluarkan pada hari kursus.

Dalam masa 2 bulan, ketam nipah yang diternak dah boleh dijual.

1 set sistem berukuran 2.5kaki(lebar) x 12kaki(panjang) x 5kaki(tinggi) boleh mengisi 120 ekor benih ketam yang dah dirawat dengan Harga/Kos RM6K. Kawasan seluas garaj kereta boleh memuatkan 1 set sistem ini ataupun (15kaki x 10 kaki).

Anggaran kasar hasil, kos dan untung untuk 1 set sistem dalam masa 2 bulan (dari mula masuk benih hingga tuai hasil) adalah :-

Anggaran Peratus hidup adalah 90% (120 ekor x 90%=108 ekor)
Berat purata seekor ketam adalah 600 gm (berat ketam bagi pasaran adalah diantara 450-750gm seekor ketam). Syarikat akan membeli balik ketam ini dengan harga RM28.00/kg (ada kontrak/perjanjian dengan pihak syarikat).
Hasil Jualan (108 ekor x 600gm= 64.8kg x RM28) = RM1,814-40
Tolak Kos operasi
a. Benih Ketam Nipah – 120 ekor (10 ekor= 1 kg @ RM7-00/kg) = RM84-00
b. Makanan untuk ketam (134 kg x RM3.50/kg) = RM469-00
c. Elektrik = RM20-00
d. Bahan untuk periksa dan kawal mutu air = RM80-00
e. Penyelenggaraan set sistem = RM50-00
Jumlah Kos Operasi = RM703-00

Untung Kasar (Hasil Jualan di tolak Kos Operasi) = RM1,111-40 Peratus untung kasar (Untung kasar di bahagikan Hasil Jualan X 100)=(61.25%)

Harga pasaran ketam Nipah adalah diantara RM17-RM28 sekilogram mengikut saiz dan berat ketam nipah.

Permintaan dari dalam dan luar negara sentiasa meningkat tetapi bekalan bertambah kurang.

Mengenai halal atau haram saya minta maaflah kerana saya bukannya pakar ugama atau ulamak utk menentukannya. Apa yang saya diberitahu, ketam nipah adalah dari spesis yg boleh dimakan. Jika dilihat pada sepasang kaki belakang ketam nipah ini yg berbentuk leper dihujungnya (tidak tajam seperti kaki2 yg lain) yang berfungsi utk berenang didalam air kerana kehidupannya banyak dan lebih lama didalam air. Sila lihat kaki belakang ketam bunga yang dijual dipasar2 sekitar tempat anda, mempunyai sepasang kaki belakang yg leper dihujungnya. Bandingkan dgn spesis ketam lain seperti ketam batu , ketam minyak yg mana kesemua kaki2nya berbentuk tajam (tidak ada leper ketam jenis ini tidak boleh dimakan kerana boleh hidup lama didarat hingga bertahun2).

Ketam nipah juga bernafas melalui insang yg berupaya utk menyimpan air,dan boleh hidup di darat sekitar lebih kurang 2-3 hari saja. Kehidupannya lebih banyak didalam air.

begitu juga dgn kerang dan siput sedut yg kita makan, kehidupannya lebih banyak dan lama didalam air, jika didarat hanya sekejap saja (1-2 hari saja).

Ketam Nipah tidak sama dengan ketam Batu walaupun jika dilihat sekali imbas nampak seakan2 sama.

Perbezaannya:-
Lihat pada kaki belakang ketam tersebut.
Ketam Batu boleh hidup didarat bertahun2 sedangkan Ketam Nipah sekitar 2-3 hari saja.
Ketam Batu boleh membesar sehingga 7kg, boleh panjat pokok kelapa, boleh kopek buah kelapa, manakala Ketam Nipah hanya membesar sehingga 4 kg saja.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi
En. Rahim,019 6688137

Sila layari laman web http://picasaweb.google.com/mieyahmad untuk melihat foto2 mengenai pertanian,akuakultur termasuk ketam nipah


Kalau boleh bagi Alamat projek yg dah jalan dibawah syarikat ni nak gi tengok dulu baru semangat nak pegi kursus. di sluruh mesia dah brapa projek dah jalan.

benih Rm 7.00 Kg boleh dapat lagi ke skarang.
 
Kalau boleh bagi Alamat projek yg dah jalan dibawah syarikat ni nak gi tengok dulu baru semangat nak pegi kursus. di sluruh mesia dah brapa projek dah jalan.

benih Rm 7.00 Kg boleh dapat lagi ke skarang.

Sokong permintaan awesmat67
 
Kalau boleh bagi Alamat projek yg dah jalan dibawah syarikat ni nak gi tengok dulu baru semangat nak pegi kursus. di sluruh mesia dah brapa projek dah jalan.

benih Rm 7.00 Kg boleh dapat lagi ke skarang.

Sepertimana yang diterangkan dithread yg lepas, dalam masa 1-2 bulan lagi akan ada penternak yg akan bermula. Buat masa ini sykt. ada tempat menternak di Kuala Kurau, Perak tapi itu sekaramg dijadikan tempat latihan utk k/tangan sykt sahaja.

Saya sendiri akan memulakannya pada bulan Nov/Dec08 ini.

Benih ketam yg dirawat dibekalkan oleh pihak sykt dgn harga RM7.00/kg. Syarat utama kena hadir kursus ketam nipah yg dianjurkan oleh pihak sykt.
 
minat juga dengan projek ketam nipah ni....abang ipar ada pergi kursus dah..cuma tak ada modal nak mula lagi...agaknya keluasan tempat itu untuk 2 set berapa agaknya dan modalnya agak berapa...rm13k cukup ke...ceria28 boleh jawab tak..
 
Ternak ketam ni, banyak kerenah tak dari segi penjagaan / penyakit?
 
Back
Top
Log in Register