ceria28
Legendary Member

- Messages
- 11,902
- Joined
- Mar 13, 2007
- Messages
- 11,902
- Reaction score
- 110
- Points
- 123
sokong ...kena bagi penjelasan yg konkrit yg memenuhi kehendaka syariat berkenaan ketam nipah ni...masih samar2 ttg ketam jenis ini...saya rasa patut tn tanah beri penjelasan ttg ketam ini dr sudut halal haram di page pertama supaya memudahkan kami membuat rujukan disitu...tkaseh
Minta maaflah kerana saya bukannya pakar ugama atau ulamak utk menentukan halal atau haram. Apa yang saya diberitahu, ketam nipah adalah dari spesis yg boleh dimakan. Kaki belakang ketam nipah ini (kedua2 belah) di bahagian hujung kaki yg berbentuk leper (tidak tajam seperti kaki2 yg lain) berfungsi utk berenang didalam air. Sila lihat kaki belakang ketam bunga yang dijual dipasar2 sekitar tempat anda, mempunyai kaki yg leper dihujungnya. Bandingkan dgn spesis ketam lain seperti ketam batu , ketam minyak yg mana kesemua kaki2nya berbentuk tajam (tidak ada leper (ketam jenis ini tidak boleh dimakan kerana boleh hidup lama didarat hingga bertahun2)
Ketam nipah juga bernafas melalui insang yg berupaya utk menyimpan air didlm insang tsb. dan boleh hidup di darat selama lebih kurang 3 hari saja. Kehidupannya lebih banyak didalam air.
begitu juga dgn kerang dan siput sedut yg kita makan, kehidupannya lebih banyak dan lama didalam air, jika didarat hanya sekejap saja (1-2 hari saja).
Jika masih tak berpuas hati juga dgn penjelasan saya yg tak seberapa ini, saya syorkan saudara rujuk dgn Jabatan Perikanan kerana ternakan ketam nipah ini mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak mereka. Ataupun bolehlah rujuk kepada Jabatan Agama Islam. Itu yang sebaik2nya.