BTC USD 81,581.8 Gold USD 4,024.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ternak Ketam Nipah

sokong ...kena bagi penjelasan yg konkrit yg memenuhi kehendaka syariat berkenaan ketam nipah ni...masih samar2 ttg ketam jenis ini...saya rasa patut tn tanah beri penjelasan ttg ketam ini dr sudut halal haram di page pertama supaya memudahkan kami membuat rujukan disitu...tkaseh

Minta maaflah kerana saya bukannya pakar ugama atau ulamak utk menentukan halal atau haram. Apa yang saya diberitahu, ketam nipah adalah dari spesis yg boleh dimakan. Kaki belakang ketam nipah ini (kedua2 belah) di bahagian hujung kaki yg berbentuk leper (tidak tajam seperti kaki2 yg lain) berfungsi utk berenang didalam air. Sila lihat kaki belakang ketam bunga yang dijual dipasar2 sekitar tempat anda, mempunyai kaki yg leper dihujungnya. Bandingkan dgn spesis ketam lain seperti ketam batu , ketam minyak yg mana kesemua kaki2nya berbentuk tajam (tidak ada leper (ketam jenis ini tidak boleh dimakan kerana boleh hidup lama didarat hingga bertahun2)

Ketam nipah juga bernafas melalui insang yg berupaya utk menyimpan air didlm insang tsb. dan boleh hidup di darat selama lebih kurang 3 hari saja. Kehidupannya lebih banyak didalam air.

begitu juga dgn kerang dan siput sedut yg kita makan, kehidupannya lebih banyak dan lama didalam air, jika didarat hanya sekejap saja (1-2 hari saja).

Jika masih tak berpuas hati juga dgn penjelasan saya yg tak seberapa ini, saya syorkan saudara rujuk dgn Jabatan Perikanan kerana ternakan ketam nipah ini mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak mereka. Ataupun bolehlah rujuk kepada Jabatan Agama Islam. Itu yang sebaik2nya.
 
yup betul..
aku sebab nk cuba, nt sembang kosong xde barang org kata gebang je lebih.

p/s: pd tuan tanah ko nk banyak mana? takat sikit2 tu aku leh bekal. yg aku tau menatang ni xpenah org bela.

Pihak sykt yg dah buat R&D serta mempunyai kepakaran dan ingin berkongsi bersama mereka2 yg berminat tu yg diwar2kan utk ternak dlm sangkar fiber. Tambahan pula ketam yg di cari secara kutipan liar, semakin hari semakin berkurangan. Jadi sebelum bertambah kurang, tu yg kena buat persediaan awal supaya bekalan tak berkurangan di masa akan datang.
 
Sedara..penerangan sedara di post 41 patut diletakkan bersama pd post 1..ini memudahkan sedara dan mereka yg berminat berkenaan dgn persoalan sedemikian dn ia tidak perlu diulangkan kembali, hanya rujuk pd page 1 sahaja...jadi post2 setrusnya bolehlah sedara membincangkan berkenaan perternakan ketam ini.
 
sesiapa yg berminat nak wat projek lintah atau lain2 projek ternak/pertanian sila hubungi haji ismail> 013-3216910
 
Sedara..penerangan sedara di post 41 patut diletakkan bersama pd post 1..ini memudahkan sedara dan mereka yg berminat berkenaan dgn persoalan sedemikian dn ia tidak perlu diulangkan kembali, hanya rujuk pd page 1 sahaja...jadi post2 setrusnya bolehlah sedara membincangkan berkenaan perternakan ketam ini.

Ok. terima kasih diatas prihatin anda.
 
Minta maaf kerana lewat memberikan jawapan dan bukannya tak boleh jawab.

Sebenarnya ada banyak cara utk ternak ketam nipah ini. Tapi yg ditawarkan adalah secara tertutup guna sangkar fiber.

Modal yang diperlukan adalah bergantung kepada kemampuan setiap individu. Modal minima adalah sekitar 2K-7K.

1 set sistem ini berukuran 2.5kaki(lebar), 12 kaki (panjang), 5 kaki (tinggi)dan boleh memuatkan 120 ekor ketam nipah. Kawasan sebesar garaj kereta boleh memuatkan 1 set sistem ini.

Dalam masa lebih kurang 2 bulan hasil ternakan boleh dijual di mana berat ketam adalah sekitar 450-700gm seekor.

Jaminan dr pihak sykt akan membeli balik ketam yg diternak. Memang ada perjanjian dgn pihak sykt.

Keuntungan kasar adalah sekitar 50-62% (hasil jualan tolak kos operasi dimana kos operasi adalah makanan ketam, kos elektrik,
bahan/alat utk memeriksa tahap air, kidmat nasihat dr pihak sykt yg berterusan sehingga penternak betul2 mahir. Kos operasi yg besar adalah makanan ketam iaitu ikan segar/sejukbeku.

Selain dari tangki fiber....boleh pakai tangki bulat yg hitam tu tak?...
maksud saya tangki poly.? ..
 
Selain dari tangki fiber....boleh pakai tangki bulat yg hitam tu tak?...
maksud saya tangki poly.? ..

Tangki perlu ada banyak petak dan platform kerana 1 petak dan platform untuk 1 ekor ketam. ketam ni bukan boleh duduk berkawan selonggok nanti bergaduh dan makan sesama sendiri. Contohnya jika letak selonggok dalam satu tangki katakan 100 ekor, bila tiba masa nak tuai mungkin tinggal 30-40 ekor saja. tambahan pula kitaran air dan mutu air (ni yg penting) juga perlu sentiasa dijaga. Jika mutu air terganggu, maka ketam akan naik ke platform masing2 dan memberi petanda awal kepada penternak untuk memeriksa mutu air. Jika dibiarkan saja maka ketam2 ini akan mati.
 
Last edited:
saya tak reti benda ni, tp sgt berminat. sy mmg suka makan ketam ni. mcm mana rupa tangki fiber ni?

sy di sarawak,ada sesiapa yg dpt tolong? t. kasih
 
Back
Top
Log in Register