BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkilan tidak terima dividen interim

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
KUANTAN - Seramai 6,395 peserta Felcra di negeri ini terkilan apabila tidak mendapat dividen interim sempena perayaan tidak lama lagi.

Keputusan yang dibuat hasil mesyuarat Lembaga Pengarah Felcra Berhad pada 2 Julai didakwa adalah pertama kali dilakukan sepanjang Felcra wujud.

Hasil mesyuarat itu, agihan dividen interim hanya diberikan kepada 866 projek untung sahaja melibatkan 65,111 peserta.

Ketua Peserta, Rodzuan Zaaba berkata, tindakan pihak atasan tidak membayar interim kepada peserta adalah sesuatu yang sukar diterima apatah lagi Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi.
Menurutnya, melalui keputusan itu jelas menunjukkan Felcra tidak menjaga kebajikan peserta.

"Paling mengecewakan, peserta tidak dibenarkan membuat rayuan.

"Malah Lembaga Pengarah Felcra enggan menangguhkan apa jua item potongan wajib seperti sebelum ini," katanya ketika ditemui pada demonstrasi aman peserta Felcra di Pejabat Felcra Wilayah Timur, di sini.

Rodzuan berkata, daripada 65,111 peserta yang layak terima, hanya RM300 diberikan tanpa mengambil kira saiz tanah milik peserta.

Katanya, perkara sebegitu tidak pernah berlaku dalam sejarah kepimpinan Felcra terdahulu.

"Pihak lembaga pengarah harus sedar bahawa peserta menanti-nantikan duit raya sempena hari raya tidak lama lagi.

"Justeru, saya sangat berharap keputusan itu ditarik semula dan peserta menerima interim masing-masing," katanya.

Bagi Ketua Peserta Projek Ulu Renggol di Gugusan Cincin, Benta, Abdul Rauf Mohd Rawi berkata, situasi itu paling menyedihkan sejak menjadi peserta Felcra lebih 20 tahun lalu.

Katanya, tindakan pihak atasan menolak kos selenggaraan sekali gus menyebabkan projek rugi sedangkan dalam laporan yang diterima mencatatkan keuntungan.

"Sepatutnya, interim peserta perlu dibayar, walaupun ada kos-kos lain yang belum diselesaikan.

"Kebajikan peserta perlu dijaga, tambahan pula raya dah dekat," katanya.

Projek Ulu Renggol melibatkan tanaman getah seluas 200 hektar membabitkan 72 peserta.

Bagi Ketua Peserta Felcra Jemumu, Benta, Ahmad Hassan pula mahu kerajaan negeri campur tangan dalam hal ini.

"Kalau boleh Perdana Menteri pun perlu campur tangan," katanya.
 
Back
Top
Log in Register