BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Seremban Benar Permohonan Injunksi Ad Interim, Halang Sidang Khas DKU

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141

Mahkamah Seremban Benar Permohonan Injunksi Ad Interim, Halang Sidang Khas DKU​

39e5c629a88ba30bb8ec135710e403e864240904d29d2

Gambar hiasan.

Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan injunksi ad interim terhadap enam plaintif dalam pertikaian melibatkan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan, yang antara lain menghalang mereka daripada memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat termasuk Sidang Khas yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Hakim Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Setiausaha DKU Raja Norazli Raja Nordin selaku defendan pertama dan DKU selaku defendan kedua.

Injunksi ad interim ialah perintah sementara yang bertujuan mengekalkan status quo sesuatu perkara sehingga mahkamah berpeluang mendengar dan memutuskannya secara lebih menyeluruh.

Keenam-enam plaintif ialah bekas Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Thahak, Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Johol Datuk Muhammed Abdullah, Undang Luak Rembau Datuk Abdul Rahim Yasin, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Shahbandar Sungai Ujong Datuk Seri Badarudin Abdul Khalid.

Kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak defendan memaklumkan bahawa melalui perintah itu, plaintif sama ada bertindak sendiri atau melalui mana-mana pekerja, ejen, penama atau wakil yang dilantik adalah dilarang daripada mengadakan memanggil atau mengadakan sebarang mesyuarat DKU.

Menurut kenyataan itu, plaintif juga dihalang daripada menggantung, memecat, menggantikan atau mengganggu defendan pertama dalam melaksanakan tugas serta fungsinya sebagai Setiausaha DKU.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa plaintif dilarang menubuhkan atau memberi kuasa kepada mana-mana jawatankuasa, individu atau badan untuk mengambil alih kuasa dan fungsi Setiausaha DKU, serta daripada mengambil, membuat atau melaksanakan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran, tadbir urus, prosiding dan hal ehwal DKU.

"Selain itu, mereka juga dilarang mengambil apa-apa langkah yang boleh mengubah atau mengganggu status quo DKU sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum 21 Mei," katanya.

Menurut kenyataan itu, perintah tersebut kekal berkuat kuasa sementara menunggu pendengaran berhubung isu bidang kuasa dan kebolehbicaraan, dan seterusnya sehingga perintah lain dikeluarkan oleh Mahkamah.

 
Back
Top
Log in Register